Saturday, August 7, 2010

YMM Raja Perempuan Muzwin Perak - 07.08.2010


Tahukan anda semua siapakah gerangannya dua wanita anggun ini, Sama tapi tak serupa dan ini bukannya versi hitam dan warna wanita yang sama. Disebelah kiri anda adalah Isteri Kepada DYMM Sultan Johor, Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. Jangan terkejut kerana baginda tidak menggunakan gelaran KDYMM atau DYMM kerana gelaran-gelaran diRaja Johor agak unik dari lain-lain negeri di Malaysia. Bertuah dua beranak ini yang telah menjadi Raja Permaisuri bak kata pepatah orang-orang lama, Tuah Ayam Nampak di Kakinya Tuah Manusia Tidak Siapa Yang Tahu.



Wanita disebelah kiri pula adalah bonda YMM Raja Zarith Sofiah iaitu YMM Raja Perempuan Muzwin Perak. YMM Raja Perempuan Muzwin merupakan mantan DYMM Raja Perempuan Perak sebelum Tuanku Bainun. YMM Raja Perempuan Muzwin diputerikan pada 01.03.1929 dan merupakan anakanda kepada Y.M. Raja Dato’ Sri Arif Shah ibni Al-Marhum Raja Haji Harun Al-Rashid merupakan Kerabat Diraja Perak dan bonda bagida Che Puan Azizah Abdullah. YMM Raja Perempuan Muzwin merupakan isteri kedua Sultan Perak ke-33 iaitu Al-Marhum Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Shah atau dikenali dengan panggilan Marhum Afifullah Shah selepas kemangkatan Baginda. YMM Raja Perempuan Muzwin ditabalkan sebagai Raja Perempuan Perak pada 26.10.1963 semasa pertabalan Paduka Suami baginda di Balai Rongseri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak. Banyak yang tidak mengetahui bahawa YMM Raja Perempuan Muzwin fasih berbahasa kantonis. Sekarang YMM Raja Perempuan Muzwin bersemayam di Istana Riswin, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

1 comment:

Anonymous said...

YMM Raja zarith sofea tidak memakai gelaran DYMM kerana baginda belum lagi ditabalkan sebagai sultanah johor.mengikut resam di tanah melayu,sesiapa sahaja yang tidak berada di atas takhta singahsana tidak boleh dipanggil dengan DULI.gelaran YMM Ialah khas untuk isteri raja yang tidak menaiki takhta,turun takhta.tak lama lagi bergelarlah DULI YANG MAHA MULIA Tuanku sultanah zarith sofea selepas istidat pertabalan Tuanku sultanah johor jika baginda berkenan untuk menabalkan raja zarith sofea kerana sebelum ini,YMM Sultanah zanariah juga tidak pernah ditabalkan sebagai sultanah johor.mungkin menjadi kebiasaan di johor begitu.tapi Sultanah zanariah tetap bergelar duli semasa baginda menjadi sultanah johor.bezanya sultanah johor dari raja-raja perempuan yang lain,tiada mahkota atau gendik rasmi yang mana mempunyai lambang kerajaan johor seperti mana kebiasaan negeri-negeri lain.