Tuesday, August 17, 2010

Ragam Pengguna Komuter - 17.08.2010


Masa dalam Komuter Rawang ke KL pagi tadi Syah bengang dengan Kakak nie coz main sandar jer kat kerusi Syah sampai sakit bahu Syah kena beg tangan dia yang keras tu tapi tak adalah sampai nak sound dia coz dah namapun kita naik public transport kan?. Jadi, saja Syah ambil camera dan tangkap gambar nie tanpa flash. Bila tengok semula gambar nie kesian pula Syah kerana mungkin Kakak ini ada masalah. Mula-mula Syah tak perasaan keadaan Kakak ini tapi apabila Syah mengedit gambar, jelas tanpak kesedihan diwajahnya. Dari gambar kiri nampak dia menangis tapi matanya telah Syah tutup untuk menjaga identitinya. Manakala gambar satu lagi dengan keadaan sedih dia membaca SMS. Apa-apapun Syah doakan agar Kakak dapat menyelesaikan masalah Kakak. Take care Kak. Syahpun pernah mengalami situasi yang sama macam Kakak nie dan beginilah agaknya orang lihat kita tapi hakikatnya jika ada perkara yang menyusuk hati kita dan kita tidak dapat mengawalnya dengan sendiri air mata itu akan keluar tanpa kita sedari. Tapi kita perlu ingat jika orang tidak sudi dengan kita anggap sahaja mereka yang rugi kehilangan orang macam kita. Biar apapun kekecewaan yang melanda dalam hidup kita, kehidupan harus diteruskan dan buktikan kita akan berjaya tanpa dia disisi. Syah suka perkataan ini "The Show Must Go On".

No comments: