Biasalah jika berpuasa nafas kita akan berbau kerana kita tidak makan dan minum. Keadaan ini akan membuatkan kita rasa malu dan tidak selesa bila berhadapan dengan orang ramai apatah lagi bila kita bermomunikasi dengan sesorang individu dan mereka menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau nafas kita. Ada sesetengah pendapat mengatakan ianya adalah suatu kebiasaan bagi orang berpuasa. Walau bagaimanapun keadaan ini sepatutnya tidak berlaku. Ada beberapa cara untuk mengelakkan bau nafas ketika berpuasa seperti berikut :-
- Jangan atau kurangkan pengambilan makanan yang berbau seperti petai, jering, bawang putih atau bawang mentah ketika bersahur.
- Selepas sahur minum air kosong dengan kuantiti yang banyak.
- Disarankan berkumur-kumur dengan antiseptik untuk menghilangkan bau mulut.
- Mengosok gigi dan lidah anda sebelum tidur dan selepas bersahur.
No comments:
Post a Comment