Thursday, August 12, 2010

En Rosdi Meninggal Dunia - 12.08.2010

Dengan rasa sedihnya dimaklumkan bahawa rakan sekerja kami di Kumpulan TM, En. Rosdi Bin Mohamad merupakan seorang Juruteknik daripada Unit Transmission, Dungun, Terengganu berumur 53 tahun telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad yang lalu, 8 Ogos 2010 bersamaan 27 Syaaban 1431H, jam 5:45 petang akibat penyakit Barah. Jenazah Allahyarham telahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Dungun, Terengganu selepas Solat Isyak pada hari yang sama.
Allahyarham En Rosdi Mohamad

Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada TM dan sukar untuk dicari ganti. Dengan ini marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah.

AL-FATIHAH.

No comments: