Kenyataan yang sama juga pernah dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan sebelum ini tetapi keadaan Al-Sultan Kelantan masih tetap gering. Sepertimana yang kita maklum, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu akan mengadap sendiri Al-Sultan Kelantan berhubung kes penceraian Baginda dengan Cik Puan Elia Suhana dalam waktu terdekat ini bagi memastikan kesahihannya. Adakah nanti titah Sultan akan digunakan dalam membuat keputusan penceraian ini tanpa dapat mengadap Al-Sultan Kelantan. Syah percaya dan pasti Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu akan dapat menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama mengikut hukum-hukum syarak sepertimana yang telah diamanahkan kepada beliau.
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra ada mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat harus menerima dan mempercayai laporan dari sumber yang sah sahaja berhubung isu yang melibatkan Al-Sultan Kelantan dan Istana Kelantan iaitu melalui baginda sendiri sebagai Pemangku Raja Kelantan atau Pejabat Sultan Kelantan.
No comments:
Post a Comment