Tengahari tadi Dr Bala jumpa Syah dan inform Syah boleh keluar petang nanti. Syahpun bersiap-siap untuk balik. Pagi tu my bro Muss inform sudah boleh keluar atau belum dan Syah inform petang. So Muss minta Syah tunggu dia lewat petang sedikit kerana dia keluar jam 05:00pm. Syah kata ok. Azrin pun ada call tanya Syah dimana dan Syah inform masih di hospital lagi. Dia inform hendak datang. Katil seelah Syah sudah ada penghuni baru, lelaki melayu yang hendak buat MRI pada kakinya. Masa Syah solat Zohor Azrin call Syah dan masa itu Syah di surau hendak solat Zohor kerana tak Solat Jumaat hari ini. Lepas solat Syah jumpa Azrin di loby wad Aras 5.Azrin kata nak hantar Syah balik kerana kebetulan dia ada kerja di Setiawangsa. Syah kata tak apa tapi dia hendak hantar juga kerana laluan yang sama. Syah keluar wad lebih kurang jam 03:30pm dan kemudiannya ke aras 1 untuk berjumpa person incharge untuk serahkan claim report form insuran untuk diisi oleh pihak hospital. Kena caj RM42.00 dan siap 3 minggu iaitu mengikut masa appointment Syah seterusnya. Hem no comment. .........tu untuk clain elaun harian daripada pihak insuran. Semasa buat bayaran Syah minta copy bill hospital Syah. Kena caj RM1,756.05. Setelah semua selesai Azrin hantar Syah balik ke KL Residence. Jalan jem sedikit kerana waktu orang balik kerja. Actually sudah hampir dua bulan Syah tak jumpa Azrin kerana masing-masing sibuk dan Azrin kadangkala tiada di Rawang lagi coz stay di Shah Alam dengan kawannya dan Syah pula on and off antara Rawang dan KL. By the way Thanks Azrin, really appreciate it walaupun sekarang ini kita sibuk dengan hal masing-masing.
No comments:
Post a Comment