Pada Hari Ketiga Pengiran Muda Mahkota (PMM) berada di Kuwait, PMM dan rombongan telah berkenaan melawat Pusat Pameran, Kuwait Oil Company (KOC) di Al-Ahmadi. PMM dan rombongan telah disambut oleh Gabenor Al-Ahmadi, Sheikh Ibrahim Al-Duaji Al-Sabah dan Pengerusi dan Pengarah Urusan KOC, Sami Fahad Al-Rushaid. PMM telah diberi taklimat mengenai galari pameran yang mengambarkan keseluruhan industri petrolium Kuwait. KOC merupakan salah satu syarikat petrolium terbesar didunia dan ditubuhkan pada tahun 1934 oleh Anglo-Persian Oil Company yang dikenali sekarang sebagai British Petrolium Company and Chevron Corporation. KOC telah diambil alih sepenuhnya oleh Kuwait pada 1975. Aktiviti KOC adalah termasuk mencarigali petrolium, kajiselidik lautdalam dan persisiran pantai, menggali telaga minyak kajian, Pembangunan dan pengeluran gas asli.
No comments:
Post a Comment