Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama lapan hari bermula 27.07.2010 dengan tema "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah" telah berakhir malam semalam 03.08.2010. Nampak gayanya peserta dari Malaysia tidak mempunyai tempat dihati juri untuk memilih mereka sebagai Johan samada dalam kategori qari atau qariah. Sayang juga rasanya kerana hadiah yang ditawarkan bukanlah seperti tahun-tahun yang lepas, walau bagaimanapun tahniah dan syabas kepada semua 76 orang para pesereta (47 qari dan 29 qariah) dari 47 buah negara yang mengambil bahagian pada tahun ini. Kalah menang adalah lumrah dalam setiap pertandingan. Pada malam kemuncak ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mencemar duli menyampaikan hadiah kepada pemenang dan para peserta lainnya. Turut memeriahkan majlis pada malam ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isteri Datin Fatmawati Saidin, bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam Pengiran Datuk Seri Setia Dr Mohammad Pengiran Abdul Rahman.
Kiri ke Kanan :- Samia mengakui tidak menduga akan mendapat kejayaan itu selepas beberapa kali menyertainya manakala Hani Abdel Aziz Ahmed berkata beliau amat terkejut dengan kejayaan yang dicapai tetapi menyifatkannya sebagai anugerah Allah
- Peserta dari Mesir, Hani Abdel Aziz Ahmad dan peserta dari Pakistan, Samia Khanan dinobatkan malam tadi sebagai johan qari dan qariah pada tahun ini. Johan qari dan qariah membawa pulang membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,000 (RM31,975), piala, cenderamata dan sijil penyertaan. Abdel Aziz memperoleh pungutan markah sebanyak 91.46 peratus sementara Samia mendapat 91.08 peratus.
- Naib Johan pada tahun ini dirangkul oleh Wan Ainuddin Abdullah dari Malaysia dan qariah dari Brunei, Dayang Nurfaezah Emran. Dengan kemenangan ini mereka memperolehi hadiah wang tunai US$7,000 (RM22,382) bagi setiap seorang, cenderamata dan sijil penyertaan.
- Tempat ketiga pula dimenangi qari dan qariah dari Filipina, iaitu Abdul Wadoud K. Esmail dan Monaifah A. Bogabong Alawi. Mereka membawa pulang wang tunai US$4,000 (RM12,790) setiap seorang, cenderamata dan sijil penyertaan.
- Peserta-peserta lain menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai US$1,500 (RM4,796) setiap seorang, cenderamata serta sijil penyertaan.
No comments:
Post a Comment