Sunday, August 22, 2010

Aktiviti Sabtu Syah - 22.08.2010

Pagi semalam (Sabtu 21.08.2010) Syah hendak ke Sentosa Medical Center kerana hendak mengambil report perubatan Syah. Sepatutnya Syah ambil dokumen ini semalam sewaktu keluar tapi Syah terlupa dan pihak hospitalpun tak sediakannya kerana kalau mereka sudah sediakan tentu mereka beri semasa Syah discharge semalam. So Syah minta Muss hantarkan tapi katanya hendak hantar Cd ke Kelinik Pergigian Azlina di Medan Idaman dan lepas tu hantar Syah pula.

Sampai di kelinik Cd suruh Muss temankan dia sebab dia takut. Muss nak cari parking dan Syah temankan dia ke kelinik. Actually Muss tak naik ke kelinik pun, dia window shopping Raya. Lama betul tunggu dia cabut gigi hampir dua jam ada kot? Keluar jer Cd inform ada problem sedikit masa abut gigi tadi. Gusi atas ok tapi yang bawah tu giginya pecah (mungkin rapuh kot?) dan ada tertinggal. Dr kena buat prosidur pembedahan kecil tapi ada balance lagi yang tidak dapat dikeluarkan kerana Dr tak boleh korek sebab bahagian tu dekat dengan saraf. Risikonya kalau terkena saraf akan rasa kebas selamanya kat kawasan itu. Seriau dengarnya, macam manalah Dr tu buat kerja. Disebabkan masalah gigi tu tadi kos yang sepatutnya RM150.00 jadi RM303.00. Terpaksa Syah gunakan credit card Syah coz Cd tak bawa duit extra. Dr kata biarkan seminggu tapi kalau bengkak juga kena terpaksa dikorek bahagian itu jika tidak bengkak dibiarkan sahaja. Sabtu depan next appointment.


Syah sampai Sentosa agak lewat sedikit. Syah naik ke aras 5 untuk ambil report berkenaan. Mereka inform ada tak sesiapa call kerana Syah suruh bayar RM 12.00 lagi dan Syah inform tidak ada dan semalam Syah ada bayar RM42.00 untuk report tuntutan insuran. Bila Syah tanya bayaran apa, merekapun macam blur tak tahu untuk apa caj tu. Jadi mereka kata diamkan sahaja dan kalau kena bayar adalah orang tu call nanti. Muss dan Cd tunggu dibawah. Terharu Syah masa buka puasa nurse dari Sentosa call bertanya keadaan Syah. Syah inform kadangkala ada rasa sakit juga dan dia nasihatkan makan ubat dan minum banyak air. Mereka buat followup rupanya, baguslah cam tu - after sales service yang bagus walaupun bukan hospital swasta bertaraf 5 bintang. Hehehehhe. Muss turunkan Syah di Ampang Point kerna dia hendak ke UO Galaxy Ampang untuk urut kaki dan akan fetch Syah lepas tu untuk balik KL Residence. Masa di Ampang Point ada persembahan kebudyaan yang merupakan salah satu program bulan puasa mereka untuk pengunjung mall. Syah lepak sekejap menyaksikan persembahan mereka.

Ingatkan hendak singgah ke Ampang Puteri untuk solat tapi macam jauh sedikit hendak jalan dan Syah ingat hendak ke KLCC. Sebelum tu jalan-jalan ke Royale cari kain pelikat untuk solat coz Syah pakai seluar pendik tapi tak ada stock sudah habis dan yang ada kain batik sahaja. So Syah naik bas ke KLCC. Sampai KLCC Syah ke surau kerana kat surau tu ada spare kain pelikat dan Syah solat Asar dan Qada Solat Zohor. Di KLCC ada persembahan untuk program bulan puasa ini. Syah cuba ambil gambar sendir dan tiba-tiba ada seorang pelancung jepun perempuan offer untuk ambilkan gambar Syah. Kat atas tulah hasilnya dan perempuan tu tunjuk isyarat good kat Syah, tak tahu good gambar ker atau orang dalam gambar itew....kuang...kuang...kuang....

Inilah persembahan yang Syah maksudkan tu. Perembahan musik asli dipentas utama @ concourse area KLCC.Kiri kanan pentas ada jual kuih raya, baju raya dan lain-lain keperluan untuk Aidilfitri tapi harga jangan tanyalah kerana ikut standard KLCC lah bro......... Semasa di KLCC Mus call dan tanya Syah dimana coz dia sudah sampai Ampang Point. Syah inform ada di KLCC dan tanya dia tak ke rumah Kak Ngah Faziah berbuka ker? Dia inform Kak Ngah ada invite dia berbuka puasa dan Syah kata pergilah tak apa dan Syah boleh berbuka kat luar. Actually setiap Sabtu biasanya Muss ke rumah Kak Ngah sebab tu Syah ke KLCC coz biarlah dia dan Cd buat aktiviti yang mereka biasa buat.

Masa berbuka puasa Syah ke surau KLCC dan disurau sudah ramai orang menunggu untuk waktu berbuka. Ada yg bawa kurma dan minuman. Syah minum mineral water sahaja dan lepas tu ada salah seorang jemaah azan dan kemudiannya solat Maghrib. Lepas solat Syah jalan-jalan sekejap baru pergi ke RASA food arena Suria KLCC dan macam biasa beli meehon sup sayur di noodles. Lepas makan Syah ambil ubat. Lepas tu Syah ke surau lagi untuk solat Insyak. Senang kalau dah solat kerana bila balik rumah tak perlu risau lagi pasal sudah solat atau belum coz dah solat diluar, balik boleh terus relex.

Selepas makan Syah rasa macam nak muntah dan Syah usap-usap perut sampai sendawa. Tak tahu mengapa dan tak selesa sangat rasanya. Nak dimuntahkan tak boleh coz baru lepas makan ubat. So tahan sahajalah, mungkin perut masuk angin kot?. Dari KLCC Syah hendak ke Jalan Tengku Abdul Rahman (Jalan TAR) untuk meninjau gerai-gerai Ramadan disana. Mak Aiii........ penuh sesak dengan orang ramai yang datang untuk shopping Raya. Ada jual bunga, karpet, kuih raya, baju raya, perhiasan rumah dan macam-macam lagi. Cari juga Miizi kat sana tapi tak jumpa coz sebenarnya di ke office dahulu dan jam duabelas baru ke pejabat bergerak DBKL.Teringat petua orang-orang lama, kalau rasa nak muntah makan asam atau benda masam. So Syah beli mempelam dan nampak gayanya berhasil. Rasa loya dan hendak muntah tu beransur pulih. Masa di stesyen LRT Syah tanya security, train last jam berapa dan mereka inform 11:30pm. Hampir jam 10:00pm Syah balik. Sampai rumah, Muss call inform tak tahu samada nak balik atau tidur rumah Kak Ngah. Azrin juga call hendak singgah menjenguk Syah kerana kebetulan dia dan Arip hendak ke Uptown Setapak di belakang KL Residence Syah tu jer. Lepas tu Muss dan Cd balik dan dalam masa yang sama Azrin sampai. Adalah 1/2 jam lepak dan lepas tu kawan dia (safuan) call sudah ada di Uptown. Arip diam jer Syah tengok tak macam biasa suka bercakap, rupa-rupanya gigi dia sakit.

No comments: