Hari ini Syah masuk Sentosa Medical Center, di No.38, Jalan Chemur Komplek Damai, Kuala Lumpur. Baru-baru ini Syah sakit bila hendak buang air kecil. Jam 11:30pm Syah sampai dan buat appointment dengan Dr Bala Sundram Mariapan, Pakar Urology dan hampir jam 04:00pm baru Syah dapat masuk wad kerana tiada kekosongan. Sebelum itu Syah buat ultra sound dan pemeriksaan air kencing. Petang tadi Dr Bala inform katanya buah pinggang dan pundi kencing ok cuma testicle Syah ada bengkak dikedua-dua epedemisnya (tak tau ejaan sebenar) dan doktor kata boleh makan ubat sahaja. Esok akan buat test mengukur kelajuan air kencing untuk prostate dan jika ada masalah baru doktor akan buat scope masukkan kamera melalui salur kencing. Minta-minta janganlah. Sebentar tadi lebih kurang jam 10:00pm nurse datang check Bp dan dia kata Bp Syah tinggi pula 140/100. Muss dan Cd datang bawa makanan Syah dan baju. Syah update blog nie pun guna laptop Muss kerana Syah punya tertinggal di Rawang. Kejap lagi mereka nak balik dan bawa laptop nie sekali. So apa-apa nanti bila ada kesempatan Syah update blog but sekarang laptop tak ada. Doakan Syah selamat ok kawan-kawan semua. Selamat Malam.
1 comment:
Greetingѕ! I've been reading your site for some time now and finally got the bravery to go ahead and give you a shout out from Huffman Tx! Just wanted to mention keep up the excellent job!
Also visit my webpage: sonographer average salary
Feel free to visit my blog - ultrasound tech salary
Post a Comment