Sunday, April 11, 2010

Menyamar Tuan Muda - 11.04.2010

Seorang remaja pintar aliran sains yang memperolehi keputusan cemerlang 9A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia tahun lepas (2009) telah menyalahgunakan kecerdikannya dengan menyamar sebagai anak angkat kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah. Remaja berusia 18 tahun yang berasal dari Bera, Pahang ini menggunakan nama Yang Mulia Tuan Muda Mohamad Zulanif Tengku Laksamana Abdullah. Hasil dari siasatan awal mendapati beliau bersekolah dan menetap di Bera, Pahang dan tinggal bersama sepasang suami isteri yang bertugas sebagai Pembantu Kesihatan semenjak dari kecil lagi. Dalam operasinya remaja ini menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Renger dengan seorng pemandu. Beliau juga menggunakan kepala surat (letterhead) Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam setiap urusan rasminya. Remaja ini dilaporkan mendapat layanan VVIP dalam setiap aktiviti yang dilakukan.
Penyamaran ini terbongkar apabila beliau melakukan lawatan dan menyampaikan pangkat kepada pelatih Program Latihan khidmat Negara (PLKN) di Kem Cahaya Gemilang, Cherating pada 29 Mac 2010. Salah seorang pelatih PLKN berkenaan merupakan rakan sekolah beliau dan berasa curiga dengan apa yang berlaku dan memaklumkan kepada pihak pengurusan Kem. Mereka kemudiannya menghubungi Istana untuk membuat pengesahan berhubung perkara ini. Timbalan Ketua Polis Dearah Kuantan, Supertendan Zulkifli Taha ada memaklumkan menerima laporan dari Kem berkenaan dan Istana Abdul Aziz, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang yang merupakan kediaman rasmi Tengku Mahkota Pahang berhubung penyamaran ini. Bertindak dari laporan berkenaan, sepasukan polis telah berjaya mengesan dan menahan remaja berkenaan di rumah salah seorang saudaranya di Bandar DiRaja Pekan, Pahang pada 08 April 2010 jam 05:30pm. Beliau telah ditahan reman dibawah seksyen 419 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan sehingga 13 April 2010.
Antara aktiviti penyamaran beliau :-
  • Membuat lawatan ke rumah warga kurang upaya di kampung Hijrah, Kuantan pada 05 April 2010 dengan diiringi oleh seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang.
  • Melawat dan mengurniakan pangkat kepada pelatih di Kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating pada 29 Mac 2010. Beliau sendiri telah menjemput Ketua Pengarah JLKN, Datuk Haji Hadi Awang Kechil di lapangan terbang yang datang khas dari Kuala Lumpur untuk majlis berkenaan.
Sama-samalah kita tunggu hasil siasatan pihak polis berhubung perkara ini. Antara tumpuan siasatan awal adalah motif sebenar perbuatan beliau dan siapa dalang dalam kegiatan ini kerana tidak mengkin remaja berkenaan bergerak sendiri dalam melaksanakan misinya. Tentu kita semua tertanya siapa ayah dan ibu sebenar remaja ini yang telah dibesarkan oleh sepasang suami isteri di Bera, Pahang?

1 comment:

Anonymous said...

budak ni mak ayahnya kerabat diraja jgak~
hampehh btol~~