Wednesday, April 21, 2010

Lagi Lapuran CD Sultan Kelantan - 21.04.2010

YM Tengku Ahmad Zahari Tengku Abd. Kadir, 77, telah membuat laporan polis mengenai cakara padat (CD) yang mengandungi unsur hasutan dan merendahkan imej institusi diraja Kelantan. Tengku Ahmad merupakan salah seorang ahli jawatankuasa Persatuan Kerabat Diraja Kelantan dan juga merupakan dua pupu kepada Al-Sultan Kelantan. Sebagai wakil kepada 450 ahli persatuan, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian, Kota Baharu Kelantan pada jam 10.55am pagi semalam (20.04.2010) dengan ditemani oleh dua orang ahli yang lain.
Gambar dari Kosmo
Beliau memaklumkan menjumpai CD berkenaan didalam peti surat dikediamannya di Taman Permai, Jalan Sultanah Zainab II semasa hendak bertolak ke tempat kerjanya lebih kurang jam 07:00am. Curiga dengan tajuk CD berkenaan iaitu Penderhaka Sultan Kelantan dan terdapat gambar Pengelola Istana DiRaja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dan peguam Datuk Shukri Mohamad beliau terus memasang CD berkenaan. Beliau berasa amat terkejut dengan kandungan CD berkenaan yang mengandungi unsur-unsur hasutan, menghina imej dan maruah Tuanku yang secara langsung membawa maksud mencabar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan. Beliau mendakwa mengenali suara dalam rakaman CD satu jam itu tetapi tidak mahu membuat sebarang kenyataan.

Ini adalah lapuran kedua mengenai CD yang menjejaskan Imej Sultan Kelantan. Pada 14 April 2010 Tengku Marjan yang juga merupakan kekanda Sulung Al-Sultan Kelantan telah membuat laporan polis berhubung perkara yang sama di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor dan kemudiannya kes itu dirujukkan kepada Polis Kelantan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berkenaan daripada Tengku Ahmad. Tujuan Tengku Ahmad membuat laporan adalah supaya pihak polis menjalankan siasatan berhubung kes ini supaya penceramah dan individu yang terlibat dapat dikenal pasti dan demi memastikan tidak berlakunya kekeliruan dikalangan rakyat yang akan mengugat institusi kesultanan Kelantan.

No comments: