Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti AL-Marhum Sultan Iskandar telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Pengurniaan Surat Penajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) kepada 42 pasangan suami isteri dan penyampaian loket kepada bayi-bayi dibawah Yayasan TAFF di Ibunegara pada 11.04.2010.
Baginda sempat memberi komen terhadap remaja pintar yang menyamar sebagai anak angkat KDYTM Tengku Mahkota Pahang dengan menggunakan gelaran Tuan Muda . Menutrut baginda remaja berkenaan pernah mengutus surat kepadanya untuk mengadap. Walau bagaimanapun baginda mengarahkan setiausahanya memfailkan surat berkenaan tampa tindakan susulan. Baginda juga memaklumkan memang baginda ada membuat lapuran polis mengenai penyamaran berkenaan dan berpesan supaya "Tuan Muda" itu tidak diapa-apakan kerana mungkin dia kurang sihat. Baginda terpaksa membuat lapuran polis demi menjaga nama baik Istana Pahang.
No comments:
Post a Comment