Monday, April 5, 2010

Elia Tetap Tuntut Haknya Sebagai Isteri - 05.04.2010

Semalam sebutan semula kes Tuntutan Hak Melawat dan Pengesahan Lafas Cerai Talak Tiga terhadap isteri kedua KDYMM Al-Sultan Kelantan, Cik Puan ELia Suhana Ahmad telah berjalan seperti yang dijadualkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu Kelantan. Mahkamah telah menetapkan 23 Mei 2010 ini untuk menentukan keputusan pengesahan lafaz cerai berkenaan. Maksudnya pada tarikh ini mahkamah akan mebuat keputusan samada menolak atau menerima bantahan awal mengenai lafas cerai berkenaan .


Pada 21 Mei 2010 peguam Cik Puan Elia, Fakhrul Ahmad Abu Hassan telah memfailkan permohonan interloktuari (permohonan dalam permohonan) kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu iaitu bantahan awal pengesahan cerai anak guamnya (Cik Puan) terhadap KDYMM Al-Sultan Kelantan dan pemeriksaan kesihatan Tuanku. Walau bagaimanapun, semalam beliau memaklumkan tidak bercadang meneruskan permohonan terhadap pemeriksaan kesihatan berkenaan dan hanya meneruskan permohonan pengesahan cerai sahaja.

Cik Puan Elia Suhana Ahmad sewaktu di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu Semalam. - Gambar dari Kosmo.

Cik Puan Elia Suhana tetap menegaskan bahawa dia akan terus memperjuangkan haknya selagi beliau bergelar isteri kepada KDYMM Al-Sultan Kelantan. Beliau memaklumkan bahawa ini adalah satu konspirasi pihak ketiga untuk menafikan haknya sebagai isteri Sultan dan tidak percaya bahawa Tuanku sanggup menceraikan beliau. Semenjak Tuanku pulang dari Singapura dan bersemayam di Istana Mahkota, beliau belum dapat berjumpa dengan suaminya kerana dihalang oleh pihak ketiga walaupun beliau mendapat perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu untuk bersama Tuanku secara giliran setiap pagi Sabtu hingga pagi Isnin.

No comments: