Monday, April 19, 2010

PC Fare - 19.04.2010

Petang semalam 18.04.2010 Syah dan Azrin ke KL Convention Center kerana ada PC Fair yang diadakan semenjak Jumaat Lepas. Bak kata orang rabaklah juga poket beli gadget untuk netbook Syah. Syah beli Netbook Proctective Sleeve - RM 29.00, Notebook Cooling Pad - RM35.00, Portble Slim Super Multi Burner (warranty 3 years) - RM180.00, External Hard Disk Cover - RM25.00 dan Beg Sandang Golla - RM 150.00. Azrin juga beli beg yang sama untuk laptop dia. Actually masa beli Burner tu duit dah nak habis tinggal RM80.00 sahaja so pinjam duit Azrin dahulu tapi tetiba datang idea cadangkan Azrin beri Syah hadiah birthday 24.04.2010 nanti inadvance. So............... dia setuju dan kata ok lah dan pulangkan semula RM 80.00 pada Syah. Thanks. Heheh dapat hadiah awal.

Dari KLCC, Coz we all parking kat situ, ingat nak dinner @ Pak Ya tapi Syah tak tahu jalan nak ke sana, Call CD dan Mus tak ada respond pula. So makan kat gombak saja area Sekolah Teknik Gombk dekat UIA tu. Nak makan ikan kerapu tapi tak ada stock yang ada hanya kembung jer. Selamat duit sket coz Syah belanja hari nie coz itu syarat-syarat wajib yang telah ditetapkan untuk ke PC Fare..............hehehehhe. So order Ikan Kembung Masak Pedas, Telur Dadar, Sup Ekor dan Udang Goreng Tepung, Nasi Putih dan nasi Goreng Cina. Minum Teh Panas, Nescafe Ice, dua gelas air panas dan 2 gelas Kopi O. Semuanya RM26.00.

1 comment:

AfhamFahmy said...

meriahnye pegi pc fair.. cmne harge? separuh dr harge biase??? :)