Semalam 18.04.2010, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang ketujuh, Tun Dato Seri Abdul Rahman Abbas telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan selanjutnya berhubung masalah paru-paru yang dialaminya. Sehubungan dengan itu Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri ke-12 yang dijadualkan berlangsung hari ini terpaksa ditunda ketarikh yang akan ditentukan kemudian.
Anak jati Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang ini diputrakan pada 15 April 1938. Beliau dilantik oleh Seri Paduka baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 17 April 2001 sehingga kini selama tiga penggal. Beliau juga merupakan Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Beliau berkahwin dengan Toh Puan Majimor bt Shariff dan dikurniakan dengan empat orang cahayamata.
Bersama-samalah kita berdoa supaya TYT disembuhkan penyakitnya dan dipanjangkan umur. AMIN.
No comments:
Post a Comment