Sunday, April 25, 2010

Tahniah BN & P Kamalanathan - 25.04.2010

Masa dinner tadi Syah sempat melihat pengumuman keputusan pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor yang memihak kepada Barisan Nasional (BN). Terus Syah telefon Ayahanda dan inform BN menang dan dia terus mengucapkan shukur alhamdulilah. Biasalah Vetran UMNO katakan. Dengarnya beliau stay di Taman Garing, Rawang berhampiran dengan rumah Syah di Taman Garing Utama. Teringat Syah, hari Jumaat hari tu ada office mate yang cakap kuat-kuat pada semua katanya dia orang nak kafankan BN ramai-ramai di Hulu Selangor. Tapi bila keputusan diumumkan malam nie siapa yang kena kafan balik?????
Apa-apapun Syah ucapakn setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada P Kamalanathan yang telah berjaya merampas semula kawasan ini daripada pihak pembangkang dengan mengalahkan calon PKR yang merupakan seorang peguam tersohor dan bekas Menteri iaitu Datuk Zaid Ibrahim. Dengan majoriti 1,725 undi membuktikan BN masih relevent lagi dihati rakyat Selangor dan menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia. Kamalanathan mendapat undi sebanyak 24,997 undi manakala lawanya memperolehi 23,272 undi dengan 731 undi rosak. Seramai 75.87% warga Hulu Selangor telah melaksanakan tanggungjawap mereka sebagai pengundi. Mengikut bancian kawasan ini mempunyai seramai 64,5000 pengundi.
PM Dan Timbalan TM meraikan kemenangan P Kamalanathan dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor selepas beliau diumumkan memenangi pilihanraya kecil P094 itu di Pusat Pengiraan Undi Dewan Serbaguna dan Reakreasi Hulu Selangor. Kamalanathan berumur 44 tahun merupakan Ketua Penerangan MIC dan Pengurus Perhubungan Awam di Serba Wangi Sdn Bhd (anak syarikat BERNAS)

No comments: