Saturday, April 17, 2010

Tuan Muda Pahang Diampunkan - 17.04.2010

Zul Ariff Abdullah, remaja pintar yang menyamar sebagai Tuan Muda Pahang, anakanda angkat kepada Tengku Mahkota Pahang telah mendapat Pengampunan dari Tengku Abdullah dan pihak Istana telah menarik semula laporan polis terhadap Zul Ariff. Terdahulu, Tengku Abdullah telah menetapkan syarat seperti berikut sebelum diampunkan :-
  • Zul Ariff perlu memohon maaf kepada DYTM Tengku Mahkota pahang dan Kaum Kerabatnya (keluarga)
  • Zul Arif perlu membuat AKU JANJI tidak mengulangi lagi perbuatan berkenaan
  • Zul Arif mesti bersetuju untuk diberikan rawatan kaunseling

Tempoh akhir tahanan reman Zul Ariff berakhir pada 15.04.2010 dan hasil siasiatan polis mendapati tiada penglibatan pihak ketiga dibelakang tindak-tanduk beliau. Beliau telah bergerak sendiri melakukan penyamaran itu tanpa pengetahuan kaum keluarganya. Supaya isu ini tidak berpanjangan, Pihak Istana menasihatkan beliau agar tidak membuat sebarang kenyataan akhbar . Tengku Abdullah dilaporkan tidak akan berjumpa Zul Ariff kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana Zul Ariff telah memohon maaf .

Menurut Setiausaha Sulit kepada Tengku Mahkota Pahang, Leftenan Kolonel (B) Nor Hashim Abdul Aziz, Zul Ariff telah menghantar sendiri surat dan aku janji kepada Tengku Abdullah melalui beliau pada 16.04.2010. Zul Ariff telah membuat aku janji tidak akan mengulangi lagi perbuatannya. Beliau juga menzahirkan rasa kesal diatas perbuatannya serta memohon maaf kepada Tengku Abdullah dan Kerabat DiRaja. Timbalan Ketua Polis Daerah, Supertendan Zulkifli Taha memaklumkan bahawa Zul Ariff masih dibawah pengawasan pihak polis dan perlu melaporkan diri dari masa kesemasa dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak polis.

No comments: