Thursday, April 15, 2010

Tengku Marjan Buat Lapuran Polis - 15.10.2010

Tengku Merjan binti Al-marhum Sultan Yahya Petra, Kekanda sulung kepada KDYMM Al-Sultan Kelantan dan juga merupakan salah seorang ahli dalam Majlis Perajaan Negeri telah membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya pada 14.02.2010 agar siasatan dijalankan terhadap Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dan peguam Datuk Shukri Mohamad kerana didakwa membuat perancangan untuk merampas kuasa daripada Sultan Kelantan.
YAM Tengku Marjan binti Al-Marhum Sultan Yahya Petra
Gambar dari Utusan Malaysia

Tengku Marjan sebenarnya telah menerima satu salinan CD rakaman perbualan Datuk Halim dan Datuk Shukri bersama wartawan di Hotel Sutera Inn Kota Baharu, Kelantan pada 10 Mac 2010 bagi membincangkan mengenai isu Kesultanan Kelantan. Bagi pendapat tengku, hasil dari perbualan berkenaan telah mengambarkan adanya perancangan untuk menghasut, mengugut dan mencampuri hal ehwal Istana Kelantan yang akan mewujudkan keadaan tidak stabil terhadap institusi diraja berkenaan. Keadaan ini juga akan mengelirukan rakyat dan memberikan imej yang buruk kepada Sultan Kelantan khususnya dan Istana Kelantan Amnya Mengulas mengenai perbualan berkenaan, Tengku Marjan memaklumkan Datuk Halim dan Datuk Shukri telah membocorkan maklumat kesihatan Sultan Kelantan kepada pihak lain tanpa kebenaran dengan niat untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti baginda. Dakwaan Datuk Shukri mengatakan beliau berkuasa melantik Sultan Kelantan dianggap memperlekehkan institusi Kesultanan Melayu. Mereka juga mencampuri urusan peribadi Sultan apabila membuat kenyataan yang boleh mempengaruhi masyarakat berhubung penceraian baginda dengan Cik Puan Elia Suhana.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan dalam kenyataannya kepada akhbar memaklumkan kes itu akan diserahkan kepada polis Kelantan untuk siasatan lanjut memandangkan kejadian yang dilaporkan berlaku di negeri berkenaan.

No comments: