Petang tadi Syah temankan family Azrin ke Pekan Rawang untuk beli aircond bagi bilik tidur parents Azrin yang baru disiapkan ditingkat bawah rumah mereka. Bukan apa mereka dah tua jadi tak larat turun naik tangga so besarkan jer bilik bawah tu attached dengan bathroom sekali untuk keselesaan mereka. Kedai tu inform nak pasang pada hari Selasa ini jam 05:00pm sebab pagi tu Mak Azrin tak available kerana ada appointment dengan Hospital Pakar Selayang.
Selepas beli aircond Bak ajak Azrin untuk ke pasar malam country homes. Hemmmm elok juga idae tu bolehlah Syah tumpang sekaki untuk menjenguk tenant Syah di Country Homes. Sampai jer ke Country homes terus ke rumah sewa Syah dan bertanya khabar pada penyewa dan dia inform everything ok. Mereka nampak terperanjat Syah datang dan Syah inform tak payahlah buka pintu just nak tanya khabar sahaja kerana kebetulan hendak ke pasar malam. Rumah baru diapun belum siap lagi so mungkin 2 atau 3 bulan lagil siaplah rumah mereka dan Syah kenalah iklan cari tenant yang baru.
Dipasar malam we all makan di gerai Sup. Semua makan meehon sop kecuali Syah minta meehon sup campur. Bila makan rasa tak sedap pula sebab dia campur daging lembu, hati, pedal dan lain-lain dalamnya. So Syah tukar jer dengan Azrin. Lepas makan jalan-jalan di pasar malam beli kudapan. Syah beli rangka ayam. Terimgat masa Syah duduk di Country Homes setiap hari Ahad mesti pergi pasar malam. Teringat juga Syah pada Gemuk, kucing betina Syah yang mati kerana canser masa di Country Homes dan Syah tanam di Rumah baru Syah di Garing Utama masa tu.
No comments:
Post a Comment