Hari ini masa sampai office, Saiful tanya Syah free tak pagi nie coz dia minta Syah dan Kak Rus ke Auditorium Perdana, Angkasapuri untuk Majlis Pelancaran Buku Bergambar “Pak Lah”. Hari ini Syah tak bawa kamera pula, tak per lah. Patulah masa datang office tadi Syah nampak Bas Multimedia College. Actually semua GLC diwajibkan menghantar wakil untuk majlis berkenaan. So we all bertolak jam 10:00am dan Syah kira ada 27 orang semuanya. Masa kira Saiful kata 25 orang sahaja dan Syah inform dia jumlah tu tak masuk kita berdua. Huahuahua…… Jumlah sebenarnya ramai lagi yang pergi tapi mereka menaiki kenderaan sendiri.
Buku Bergambar “Pak Lah” ini memaparkan gambar-gambar YAB Mantan Perdana Menteri ke 5 kita YAB Tun Abdullah Hj Ahmad Badwi sewaktu menjalankan tugas-tugas rasmi beliau dalam kerajaan. Kira biographi bergambar lah nie. Buku ini memaparkan sebanyak 400 keping gambar dan harganya RM150.00 senaskah. Ingat nak beli tapi tak bawa duit lebih dan cuba pinjam kat member tapi merekapun sama tak bawa duit lebih. Di RTM ada ATM Maybank tapi out of order. Tak mengapalah tak ada rezeki lain kali la kot.
Pelancaran buku nie dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Turut serta dalam majlis ini adalah Tun Jeanne Abdullah, Datin Seri Utama Masnah Rais, Ketua-Ketua Jabatan dan wakil-wakil GLC.
- Upacara di mulai dengan lagi Negaraku dan lagu satu Malaysia
- Bacaan Doa
- Ucapan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato Seri Utama Rais Yatim
- Persembahan Boria dan Puisi oleh Siso
- Biographi ringkas Pak Lah – masa pengacara inform Pak Lah bertemu jodoh dengan Tun Jeanne, Pak Lah pegang manja tangan isterinya dan isterinya nampak malu-malu, Syah nampak dari jauh manakala yang lain asik khusuk memandang skrin. Romantik juga Pak Lah nie.
- Ucapan pelancaran buku cofee table Pak Lah
- Sesi fotografi
Majlis tamat lebih kurang jam 01 :00 tengahari dan kami semua beredar untuk majlis jamuan makan tengahari. Masa nak ambil makanan tempat Syah dah kehabisan nasi. Syah tak kisah coz memang Syah tak maka nasi cuma ambil ayam goreng sahaja. Yang lain terpaksa bertukar tempat untuk ambil nasi.
No comments:
Post a Comment