Friday, March 15, 2013

Raja Muda Perlis Rasmikan Laman Ilmu

15 Mac 2013, Jumaat :-

Hari ini Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan merasmikan Laman Ilmu dalam Program Titian Kasih Mega 2013 anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra. Program yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman, Padang Besar, Perlis.  Turut serta mengiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra adalah Raja Puan Muda Perlis,Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Dalam majlis ini juga, Tuanku Syed Faizuddin Putra  selaku Yang Dipertua Yayasan Tuanku Syed Putra telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000.00 untuk Dana Pendidikan Negeri Perlis.

Sumber :- Bernama

Thursday, March 14, 2013

Lahad Datu Diceroboh Pengganas Tentera Diraja Kesultanan Sulu


14 Mac 2013, Khamis :-

Syah terjumpa gambar ini di internet dan diantara peneranganya adalah sepeti berikut :-   Yang Maha Mulia Diraja Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamet Jamal Al Alam bin Sri Paduka Al Marhum Sultan Mohamet Fathlon, Sultan Sulu dengan rombongan DiRaja kira-kira tahun 1876. Sultan Sulu telah menyerahkan "untuk selamanya dan berkekalan" semua kawasan dari Sungai Pandasan di pantai Utara-Barat ke seluruh pantai Timur sejauh Sungai Sibuco kepada Baron de Overback dan Alfred Dent.

Syah tak berapa pasti mengenai Kesultanan Sulu ini dan tak pernah ambil tahupun.  Keturunan dari Kesultanan yang telah tidak wujud lagi didunia ini telah membuat tuntutan terhadap Sabah dari dahulu lagi dan kemuncaknya Lahad Datu telah diceroboh oleh Penganas dari Selatan Filipina yang mengelarkan diri mereka sebagai "Tentera Diraja Kesultanan Sulu" pada 09 Februari 2013 yang diketuai oleh Azzimuddie Kiram (individu yang menggunakan gelaran Raja Muda) yang merupakan adik kepada Jamalul Kiram III (individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu). Insiden ini  telah mengorbankan 10 orang anggota keselamatan negara kita buat masa ini dan sekarang Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia mengadakan Operasi Daulat untuk menumpaskan Penceroboh Durjana dari Selatan Filipina ini. 

Marilah kita bersama-sama berdoa agar pasukan keselamatan negara kita berjaya dalam Operasi Daulat ini dan menumpaskan sepenuhnya penceroboh yang mengelarkan diri mereka sebagai "Tentera Diraja Kesultanan Sulu".

Wednesday, March 13, 2013

Raja Nazrin Hadiri Majlis Konvokesyen ke-18 Peperiksaan Amalan Guaman 2012

13 Mac 2013, Rabu :- 

Hari ini Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen ke-18 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman 2012 yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.  Turut serta mengiringi DYMM Pemangku Raja Perak adalah Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang, Tan Sri Abdul Gani Patail.  Dalam majlis konvokesyen ini juga Raja Nazrin Shah telah berkenan menyampaikan Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Tun Hamid Omar kepada Ng Kar Kay (perempuan).

Sumber :- Bernama

Sultan Brunei Mengakhiri Lawatan Rasmi Negara Ke USA

13 Mac 2013, Rabu :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah mengakhiri lawatan rasmi negara ke Amerika Syarikat. Keberangkatan pulang KDYMM Paduka Seri Baginda berdua dan rombongan Diraja dari Willard Intercontinental Washington didahului dengan bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, YB Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned.  Sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Andrews Air Force Base, KDYMM Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan diraja beramah mesra dengan para pegawai dan kakitangan kerajaan Brunei dan keluarga mereka yang berada di Washington D.C. untuk mengucapkan selamat jalan kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Berdua dan rombongan diraja.

Manakala ketibaan KDYMM Paduka Seri Baginda berdua dan rombongan diraja ke Lapangan Terbang Andrews Air Force Base disambut oleh Caprica Marshall, Ketua Protokol, US Department of State dan Duta Besar Negara Brunei  Darussalam ke Washington D.C., Dato Paduka Haji Yusof bin Haji Abd Hamid.

Sumber :- Pelitabrunei / Jabatan Penerangan Brunei

Jenazah Dua Wira Negara "Operasi Daulat" Tiba di Kelantan Untuk Disemadikan



13 Mac 2013, Rabu :-

Pagi tadi Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah berbesar hati memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Allahyarham Prebet Ahmad Farhah Roslan di Pengkalan Tentera Udara Malaysia di Subang.  Turut serta adalah Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi, Panglima Angkatan Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zlkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Jenazah kemudiannya diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Cepa, Kelantan  dengan pesawat C-130 dan tiba jam 09:55hrs tadi dan disambut oleh lebih daripada 3,000 orang. Turut menyambut jenazah adalah Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat ; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin ; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Sejurus tiba, jenazah telah dibawa ke hanger untuk diberikan penghoratan terakhir sebelum dibawa dengan van jenazah ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.  Allahyarham Ahmad Hurairah dari Kampung Bayu Lalang akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan manakala Allahyarham Ahmad Farhah dari Perumahan Desa Darulnaim II pula akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Tumbuh, Kota Baharu, Kelantan.

Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail meninggal dunia dalam pertempuran dengan Penganas "Tentera Diraja Kesultanan Sulu" di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Allahyarham Prebet Ahmad Farhah Roslan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di KM 37 Lahad Datu-Tungku ketika menghantar makanan untuk angota keselamatan dalam Operasi Daulat di Lahad Datu. Kedua-duanya meninggal dunia semalam 12.03.2013.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Allahyarham Prebet Ahmad Farhah Roslan  semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Entry Syah berhubung Pemergian Allahyarham Prebet Ahmad Farhah Roslan. http://tengkusyah.blogspot.com/2013/03/yang-di-pertuan-agong-dan-raja.html

Sumber :- Bernama

Sultan Brunei Santap Tengahari Bersama Presiden Barak H. Obama

13 Mac 2013, Rabu :

Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berada di Amerika Syarikat untuk lawatan rasmi negara telah berkenan berangkat ke Majlis Santap Tengahari bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack H. Obama.  Majlis diadakan di Oval Office, White House selepas selepas sessi sidang akhbar di Whit House. Dalam titah baginda, Sultan Brunei mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas jalinan persahabatan yang telah lama terjalin diantara kedua negara serta layanan mesra yang diberikan sepanjang lawatan baginda dan rombongan diraja ke USA.  Baginda juga berharap agar kerjasama dialog ASEAN-US akan dapat dipertingkatkan pada masa hadapan. 

Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), YB Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng; Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (JPM), YB Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar ; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Amerika Syarikat, TYT Dato Paduka Awang Haji Yussof bin Haji Abdul Hamid dan Setiausaha-Setiausaha Tetap di JPM dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Dan Perdagangan ;  Vice President Amerika Syarikat, Joe Biden; Setiausaha Pertahanan, Charles Timothy “Chuck” Hagel dan National Security Advisor, Amerika Syarikat, Thomas Donilon.

Sumber :- Pelitabrunei

Tuesday, March 12, 2013

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah Yang Gugur Dalam Operasi Daulat


12 Mac 2013, Selasa :-

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ............. Inilah dia Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang merupakan Wira Muda Negara kita yang telah gugur dalam Operasi Daulat pagi tadi  dalam pertempuran selama lima jam dengan Pengganas "Tentera Diraja Kesultanan Sulu" di Sungai Nyamuk berhampiran Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah. Pasukan keselamatan kita mendapati terdapat Pengganas  dikawasan berkenaan pada jam 07:45hrs dan telah dapat menjejak mereka pada jam 10:45hrs dan berlaku pertempuran. Tiga orang Pengganas telah terkorban dalam pertempuran ini.   Allahyarham Ahmad Hurairah berusia 24 tahun dan berasal dari Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anggota Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpengkalan di Kem Kukusan,Tawau, Sabah.  Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Kota Baharu, Kelantan jam 04:00hrs pagi esok dan akan disemadikan dikampung halamannya. Gambar kecil diatas pula merupakan bapa kepada Allahyarham , Ismail Hussin (55 tahun) yang menunjukkan SMS terakhir Allahyarham kepada beliau berbunyi:-  "Salam abah, ma doa la orng slmt .....era".

Alfatihah :- 


Takziah Syah ucapkan kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail. Semuga Roh Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail ditempatkan bersama-sama orang-orang yang  beriman dan beramal soleh. Amin.

Istana Negara dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almuta'simu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah. Seri Paduka Baginda amat berdukacita atas kehilangan pahlawan  negara itu dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Seri Paduka Baginda berharap agar keluarga Allahyarham sentiasa tenang serta tabah menghadapi ujian ini.

Sumber:- Bernama / Azlan Hafiz/ Dunia Lelaki Maskulin 

Putera Mahkota Abu Dhabi Melawat Malaysia



12 Mac 2013, Selasa :-

Putera Mahkota Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan kini berada di Malaysia hari ini untuk lawatan rasmi negara.  Keberangkatan tiba Sheikh Zayed ke Bangunan Perdana Putra, Putrajaya telah disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan diberi sambutan rasmi negara.  Majlis didahulu dengan lagu kebangsaan Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang dimainkan oleh Rejimen Askar Melayu Diraja dan kemudiannya Sheikh Zayed berkenan melakukan pemeriksaan kawalan kehormat keatas Rejimen Askar Melayu Diraja.  Sheikh Zayed yang juga merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Emiriyah Arab Bersatu kemudiannya mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyaksikan pemeterian beberapa perjanjian antara Malaysia dan UAE.


Sumber:- Bernama

Timbalan Sultan Brunei Menerima Mengadap Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam

12.03.2013, Selasa :- 

Pagi tadi Timbalan Sultan Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah berkenan menerima mengadap Dato' Abdullah Sani bin Omar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam di Qashr Al-Meezan di Kumbang Pasang, Brunei Muara. Dato' Abdullah Sani bin Omar akan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Monday, March 11, 2013

Princess Lilian, Duchess of Halland Meninggal Dunia Dalam Usia 97 Tahun

11 Mac 2013, Isnin :- 

Semalam Her Royal Highness Princess Lilian, Duchess of Halland telah meninggal dunia dalam usia 97 tahun di Stockholm, Sweden. Beliau menjadi terkenal kerana kisah percintaannya dengan suaminya Mendiang Prince Bertil, Duke of Halland. Princess Lilian dilahirkan sebagai Lillian May Davies di Swansea, South Wales, Britain pada tahun 30 Ogos 1915 dan anak pasangan William John Davies dan Gladys Mary Curran. Beliau merupakan seorang model. Beliau telah mengugurkan satu huruf L dalam ejaan namanya daripada Lillian kepada Lilian apabila menjadi model.

Princess Lillian bertemu dengan Prince Bertil di London pada 1943 dalam satu majlis sempena meraikan hari ulangtahun beliau yang ke 28.  Semenjak daripada pertemuan itu mereka telah saling jatuh cinta walaupun pada masa itu beliau sudah bersuami.  Beliau kemudian menceraikan suaminya,  Walter Ivan Craig yang merupakan seorang pelakun berbangsa Scottish pada tahun 1945.

Pada tahun 1947 kekanda kepada Prince Bertil, Prince Gustaff Adolf, Duke of Vasterbotten yang merupakan pewaris kedua tahta Sweden telah meninggal dunia. Disebabkan anakanda kepada Prince Gustaf  Adolf, Prince Carl Gustaf masih kecil dan berumur satu tahun maka Prince Bertil dilantik sebagai Pewaris Tahta kedua sehingga Prince Carl Gustaf cukup umur. Jika Raja Sweden meninggal dunia maka Prince Carl Gustaff akan menjadi Raja yang baru dan disebabkan beliau masih dibawah umur kemungkinan untuk Prince Bertil akan menjadi Pemanku Raja Sweden. Disebabkan perkara inilah beliau tidak dapat mengahwini kekasihnya yang merupakan "Orang Kebanyakan" bukan dari kerabat diraja.  Jika mereka berkahwinan juga maka perkahwinan ini tidak akan direstu oleh King Gustaf VI Adolf dan Parlimen dimana Prince Bertil akan hilang hak sebagai pewaris tahta dan tidak layak menjadi Pemangku Raja. Sehubungan dengan itu, mereka  telah menjalani hubungan secara rahsia selama 30 tahun dan Princess Lilian menetap di sebuah kediaman peribadi Prince Bertil di Sainte-Maxime di Perancis.

Walau bagaimanapun Prince Bertil tidak pernah menjadi Pemangku Raja kerana Ayahandanya telah dipanjangkan umur sehingga Prince Carl Gustaff meningkat dewasa.  Prince Carl Gustaff akhirnya menjadi Raja Sweden menggantikan datuknya dengan gelaran King Carl XVI Gustaf pada tahun 1973. King Carl XVI Gustaf memerintah Sweden hingga sekarang.  Zaman berubah dan King Carl XVI Gustaf sendiri telah berkahwin dengan "Orang Kebanyakan" iaitu Silvia Sommerlath yang kini bergelar Queen Silvia. Baginda telah memperkenankan perkahwinan Ayahanda Saudaranya maka Prince Bertill dan Princess Lilian akhirnya berkahwin secara rasmi pada 07 Disember 1976 di Gereja dalam Istana Drottningholm dihadapan King Carl XVI Gustaf dan Queen Silvia.  Dengan perkahwinani ini, Princess Lilian merupakan sebahagian daripada Kerabat Diraja Sweden. 

Prince Bertil meninggal dunia pada 05 Januari 1997 disisi Princess Lilian dikediaman mereka di Villa Solbacken, Stockholm. Selepas kematian suaminya sehingga tahun 2010, Princess Lilian masih lagi mewakili kerabat diraja menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan.  Beliau juga menjadi penaung kepada beberapa organisasi disamping menjadi ahli kehormat beberapa buah kelab dan persatuan yang diasaskan oleh Prince Bertil. Dari tahun 1976  beliau telah menghadiri majlis penyampaian Hadiah Nobel setiap tahun tanpa gagal sehingga tahun 2005 dan mengakhiri tradisi ini atas alasan faktor usia dan sudah uzur dalam usia 91 tahun. pada tahun 2000,beliau mengeluarkan buku biografi mengenai kehidupannya bersama Prince Bertil.

Pada tahun 2008 Princess Lilian terjatuh di kediamannya dan telah patah bahagian pinggang. Pada bulan Februari 2009 beliau terjatuh sekali lagi dikediamannya. Pada 03 Jun 2010 pihak Istana memaklumkan bahawa Princess Lilian mengidap Alzheimer dan semenjak dari itu beliau tidak lagi kelihatan di khalayak ramai.  Beliau menetap dikediamannya di Villa Solbacken dibawah jagaan tiga orang jururawat. 

Princess Lilian meninggal dunia pada tengahari Ahad,10 Mac 2013 dalam usia 97 tahun dikediaman beliau. Pihak Istana tidak mengeluarkan kenyataan berhubung sebab-sebab kematian Princess Lilian. Semenjak kebelakangan ini tahap kesihatan Princess Lilian  tidak stabil disebabkan sakit tua dan mengidap Alzheimer. Princess Lilian tidak mempunyai cahayamata. 

Sumber :- Wikipedia / Reuters / The Local

Sultan Brunei dan Rombongan Diraja Selamat Tiba Ke Washington D.C.

11 Mac 2013, Isnin :-

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah selamat sampai ke Washington D.C. semalam untuk lawatan rasmi negara selama tiga hari.  Keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda berdua dan rombongan diraja di Lapangan Terbang Andrews Air Force Base disambut oleh Caprica Marshall, Ketua Protokol, US Department of State ; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, YB Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng ; Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri,YB Pehin Datu Singamantari Kolonel (B) Dato Seri (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.

KDYMM Paduka Seri Baginda berdua dan rombongan kemudiannya berangkat ke tempat penginapan  di Willard International Hotel.   Keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda berdua dan rombongan diraja disambut oleh Pengurus Hotel Willard International, James Ryan, Setiausaha-Setiausaha Tetap di JPM dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta pegawai-pegawai kakitangan Pejabat Kedutaan Negara Brunei Darussalam ke Washington D.C. Amerika Syarikat.

Hubungan antara Amerika dan Brunei  bermula semanjak tahun 1800 lagi apabila kedua negara menandatangani Perjanjian Persahabatan Perniagaan dan Navigasi dimana ianya kekal hingga sekarang.  Selepas Brunei mencapai kemerdekaan dari British pada 1984, Amerika telah membuka kedutaannya di Brunei manakala Negara Brunie pula telah membuka Kedutaannya di Washington D.C. ekoran termetrinya hubungan diplomatik diantara Brunei - Amerika Syarikat pada 10 Mac 1984. Semenjak itu hubungan dual hala Brunei dan Amerika Syarikat terus dipertingkatkan melalui pertukaran tetap jawatan dan kerjasama dalam bidang pertahanan, pendidikan, perdagangan dan tenaga.

Sumber : Pelitabrunei / Jabatan Penerangan Brunei

Senarai Terkini Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman

Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah :- Dari kiri sekali Tunku Annuar, Tunku Sallehuddin, Tunku Abdul Hamid Thani dan Tunku Intan.

11 Mac 2013, Isnin :-

Syah hendak kemaskini dan maklumkan kepada anda gelaran-gelaran, ejaan dan susunan  gelaran-gelaran yang sepatutnya digunakan untuk Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman mengikut protokol Negeri Kedah supaya tidak terdapat kekeliruan kepada kita semua. Sebagai contohnya Tunku Anuar dan Tunku Intan telah mendapat gelaran Tan Sri dan ada diantara kita masih ada yang tidak tahu mengenai perkara ini. Ahli-Ahli Pemangku Sultan Kedah Darul Aman adalah seperti berikut :-

Yang Teramat Mulia
Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah, DKH., DMK., SPMK.,  SSDK., PSM., PSB.,
Tunku Bendahara Kedah Darul Aman
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman
'Selindang Jerai"

Yang Teramat Mulia
Tunku Tan Sri Dato' Seri Diraja Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, SHMS., SSDK., PSM.,PAT.,BCK., KPK.,
Tunku Temenggong Kedah
Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman

Yang Teramat Mulia
Dato' Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah, SHMS., SSDK., DSDK.,
Tunku Laksamana Kedah
Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman

Yang Teramat Mulia
Tunku Panglima Besar
Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Tuanku Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, DKH.,DKYR., SHMS., SSDK., PSM., PAT., JP., Hon.Ph.D (UUM)., Hon.PhD(KUIN)
Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman

Sumber : Pejabat KDYMM Sultan Kedah

Sunday, March 10, 2013

Sultan Brunei Berangkat Ke Washington D.C.



10 Mac 2013, Ahad -

Malam Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berangkat  ke Washington D.C. untuk lawatan rasmi negara. Turut serta berangkat adalah DYTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Duli Pengiran  Muda 'Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Doa Selamat telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, YB Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned Sebelum rombongan diraja berangkat keluar dari Istana Nuru Iman menuju ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba.Turut mengucapkan selamat jalan kepada baginda Sultan dan Raja  Isteri adalah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, kerabt diraja, YAM Pengiran-pengiran Cheteria, Speaker Majlis Mesyuarat Negara, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat,Timbalan-timbalan Menteri, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei dan Melinda Pavek, Kuasausaha Sementara Kedutaan Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam.

Sumber:-Pelita Brunei

Friday, March 8, 2013

Tidak Dapat Update Blog

08 Mac 2013, Jumaat :-


Salam dan Selamat pagi kepada semua para pembaca setia tengkusyah.blogspot.com. Maaf untuk hari ini dan Sabtu Syah tak dapat hendak update blog kerana Ayahanda dan Bonda Syah datang ke Kuala Lumpur dan Syah akan habiskan masa bersama mereka dirumah adinda Syah.  Insyallah kita bertemu lagi pada hari Ahad, walau bagaimanapun jika terdapat sedikit ruang dan masa Syah akan update blog.

Update :- 09 Mac 2013 Sabtu 
Hari ini Syah ikut Ayahanda,Bonda Zawiyah, My Sister & Her Hubby balik kampung hantar Ayahanda & Bonda Zawiyah.  Insyallah Isnin nanti Syah Update blog.

Terima Kasih.

Thursday, March 7, 2013

Buku Daulat Dijunjung Kasih Disanjung


07 Mac 2013, Khamis :-

Shukur Alhamdulillah hari nie Syah dapat buku "Daulat Dijunjung Kasih Disanjung" sempena 5 tahun pemerintahan Tuanku Mizan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong ke-13. Bertambahlah koleksi peribadi Syah untuk Maharum Bugis Syah Mini Royal Library di Rawang Residence.  Ucapan jutaan terima Kasih  kepada Jabatan Penerangan Malaysia diatas pemberian buku "Special Edition" ini.

Sultan Brunei Berangkat Ke Kem Latihan Projek Rintis Ketiga PKBN


Kelihatan Tuanku Sultan Brunei berkenan mencuba salah satu peralatan yang digunakan semasa Latihan Projek Rintis Ketiga Program Khidmat Bakti Negara.

07 Mac 2013, Khamis :-

Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan  berangkat ke Kem Latihan Projek Rintis Ketiga Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) di Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di  Berakas.  Keberangkatan tiba Tuanku Sultan dan rombongan disambut oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, YB Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah.
Majlis dimulakan dengan Hormat Diraja dan diikuti dengan nyanyian lagu 'Allah Peliharakan Sultan' iaitu lagu kebangsaan Negara Brunei.  Tuanku Sultan kemudiannya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan para Perintis Ketiga PKBN yang terdiri daripada 129 orang pelatih lelaki dan 70 orang pelatih perempuan. Upacara diteruskan dengan beberapa persembahan daripada para pelatih seperti Sorak PKBN, nyanyian lagu 'Sedia Berbakti', Persembahan Kawad, Persembahan Seni Mempertahankan Diri dan Persembahan Latihan Jasmani. Sebelum berangkat meninggalkan padang kawad, doa selamat dibacakan oleh Ketua Guru Ugama PKBN, Awang Haji Abdul Afiq bin Zainudin, disusuli dengan tabik hormat diraja dan diikuti dengan lagu kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'.
Baginda kemudian berkenan berangkat melawat  Arena Paintball untuk menyaksikan secara dekat aktiviti yang dijalankan sebelum menyaksikan pameran PKBN yang berkisar mengenai sejarah Projek Rintis PKBN dan tayangan video.  Tuanku Sultan kemudiannya berangkat  melawat asrama lelaki dan perempuan sambil menyaksikan persembahan dan bengkel-bengkel keusahawanan, keagamaan, MIB, kebudayaan di samping menyaksikan aktiviti keagamaan di surau perempuan dan juga bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh agensi-agensi yang terlibat.
Tuanku Sultan juga telah berkenan menyaksikan latihan merempuh halangan yang dipersembahkan oleh para pelatih. Tuanku Sultan juga telah berkenan menghadiri Majlis Santapan Tengahari (makan tengahari) bersama para Pelatih Rintis Ketiga PKBN, para jemputan dan para pegawai serta kakitangan yang menjayakan program berkenaan. Baginda juga telah menandatangani Buku Lembaran Kenangan Projek Rintis Ketiga PKBN sebelum sesi ramah mesra bersama para pelatih.  Sebelum berangkat meninggalkan majlis Tuanku Sultan telah berkenan bergambar bersama-sama para pelatih sebagai kenang-kenangan.

Sumber :- Pelitabrunei

Wednesday, March 6, 2013

Tuanku Hajah Haminah Rasmikan Buku Setiap Anak Permata Negara

06 Mac 2013, Rabu :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenaan merasmikan buku 'Setiap Anak Permata Negara' bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.  Buku setebal 180 halaman ini diterbitkan oleh MPH Group Publishing dan dijual dengan harga RM 100.00 senaskah.  Buku yang ditulis dan disunting oleh bekas editor akhbar tempatan, Aishah Ali ini telah berada dipasaran dan para pembaca  boleh membuat  pilihan samada ingin memiliki buku ini dalam versi Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Buku ini memperkatakan kejayaan Program Permata Negara yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.  Buku ini juga dimuatkan dengan gambar-gambar serta teks mengenai perjalanan Program Permata Negara semenjak ianya dicetuskan oleh Datin Seri Rosmah Mansor lapan tahun dahulu. 

Dalam majlis ini, Datin Seri Rosmah Mansor telah mempersembahkan kepada Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun senaska buku 'Setiap Anak Permata Negara' dan lukisan cenderahati yang dihasilkan oleh salah seorang anak Permata Seni. Turut serta dalam majlis ini adalah Pengarah MPH Group Malaysia, Professor Datuk Dr Abdullah Abdul Rahman dan Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia, Datuk Atikah Adom.

Sumber :-Bernama

Raja Perlis Hadiri Upacara Istiadat Perlantikan EXCO Negeri Perlis

6 Mac 2013, Selasa :-

Hari ini Raja Negeri Perlis,  Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan menghadiri Upacara Istiadat Perlantikan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Perlis di Istana Arau, Perlis. Kesemua tujuh EXCO yang dilantik pada hari ini adalah EXCO yang lama dan mengekalkan portfolio masing-masing. Salah seorang daripadanya adalah adinda kepada Tuanku Syed Sirajuddin sendiri yang juga merupakan Anggota Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Yang Berhormat Mulia Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail. Kelihatan YBM Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail sedang mengangkat sumpah sebagai Anggota EXCO di majlis berkenaan. 

Sumber :- Bernama

Tuesday, March 5, 2013

Raja Perlis Menerima Mengadap Ketua-Ketua Jabatan Yang Baru Memulakan Tugas Di Perlis

05 Mac 2013, Selasa :-

Hari ini Raja Negeri Perlis,  Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail  telah berkenan menerima mengadap Ketua-Ketua Jabatan di Istana Arau, Bandar Diraja Arau, Perlis. Dalam majlis ini Seramai enam orang ketua jabatan yang baru memulakan tugas di Perlis berkesempatan memperkenalkan diri masing-masing kepada Tuanku Raja Perlis.  Turut serta dalam majlis mengadap ini adalah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Sumber :- Bernama

Sultan Selangor Terima Peruntukan Elaun Guru Kafa, Guru Takmir dan Imam Bagi Negeri Selangor


05 Mac 2013, Selasa :-

Hari ini Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah berkenan menerima peruntukan kerajaan persekutuan bagi elaun guru kafa, guru takmir dan imam negeri Selangor  bagi tahun 2013. Replika cek berjumlah RM37,387,160.00 telah diserahkan oleh Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sebagai wakil kerajaan persekutuan kepada Tuanku Sultan Sharafuddin dalam majlis penyampaian peruntukan kerajaan persekutuan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diadakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor.

Sumber :- Bernama

Tunku Jalil Hadiri Pengkebumian L/Kpl Mohd Azrul Tukiran

05 Mac 2013, Selasa :-

Malam semalam YAM Tengku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim telah berkenan menghadiri majlis pengkebumian Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul Tukiran di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang, Klang. Allahyarham yang berusia 27 tahun dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Sabah meninggal dunia dalam serangan hendap pasukan penceroboh dari Tentera Diraja Sultan Sulu  ketika melakukan siasatan di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah. Allahyarham merupakan sahabat kepada YAM Tunku Jalil dan pernah bersama-sama menjalani latihan pasukan Unit Tindakan Khas (UTK).

Sumber :- Bernama

Monday, March 4, 2013

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Ucap Takziah Kepada Keluarga Pegawai Dan Anggota Polis Yang Terkorban Di Sabah


04 Mac 2013, Isnin :-

Istana Negara dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almuta'simu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia Yang Terkorban semasa menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Seri Paduka Baginda juga berdoa semuga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat Allah. Baginda juga berharap agar kaum keluarga mereka tenang serta tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber :- Bernama

Raja Zarith Sofiah dan Tunku Jalil Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar

04 Mac 2013, Isnin :-
Hari ini Isteri Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah bersama anakanda baginda,YAM Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim telah berkenan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar dan L/Kpl Mohd Azrul Tukiran yang gugur dalam mempertahankan negara dari penceroboh Tentera Diraja Sultan Sulu di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna.  Dalam kejadian serang hendap yang  berlaku jam 20:00hrs pada hari Sabtu lepas telah mengorbankan enam orang anggota pasukan polis. Jenazah Allahyarham tiba di Pengkalan Tentera Udara Diraja Subang jam 18:30hrs tadi turut disambut oleh Perdana Menteri dan Isteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor. YAM Tunku Jalil yang juga merupakan seorang anggota pasukan polis begitu terharu dan Syah nampak dalam Berita TV malam ini, beliau dan bondanya mengalirkan airmata. Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul Tukiran adalah sahabat kepada YAM Tunku Jalil. Gambar ini pula Syah ambil dari Fan Page Kesultanan Johor. Kelihatan YAM Tunku Jalil begitu terharu dan tersentuh hatinya sehingga memeluk erat bonda tersayang sambil mengalirkan air mata.

Sumber :- Bernama / Kesultanan Johor

Sunday, March 3, 2013

Datuk Seri Najib Tun Razak Mengadap Tuanku Syed Sirajuddin


03 Mac 2013, Ahad :-


Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di Perlis untuk lawatan sehari telah mengadap Raja Negeri Perlis,  Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail untuk memaklumkan perkembangan isu-isu semasa kepada Tuanku Syed Sirajuddin.  Majlis mengadap diadakan di Istana Arau, Arau, Perlis.  Turut serta dalam majlis ini adalah Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid ; Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ; Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ; Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ; Menteri Besar Perlis, Dato' Seri  Dr Md Isa Sabu dan isteri, Datin Seri Asiah Asmuni.

Sumber :- Bernama

Seorang Lagi Anggota Keselamatan Kita Dilaporkan Terkorban Di Semporna

03 Mac 2013, Ahad :-

BERNAMA dalam laporannya pagi ini memaklumkan seorang lagi anggota Polis telah terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh dari Selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah malam tadi. Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahat Datu yang telah mengorbankan dua anggota Komando polis VAT 69 iaitu Allahyarham ASP Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud (dinaikkan pangkat selepas meninggal dunia) serta mencederakan tiga yang lain manakala 12 orang daripada penceroboh turut terbunuh.  Menurut pihak Polis, Pertempuran jam 20:00hrs malam tadi turut mencederakan seorang anggota polis. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kejadian ini kepada BERNAMA tetapi  tidak mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan berkenaan belum lagi dikenal pasti. Difahamkan bahawa kumpulan penceroboh ini merancang untuk menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Angkatan Tentera Malaysia dan Polis harus mengambil tindakan segera untuk mengawal keadaan dan menjalankan mandat yang telah diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera supaya mengambil sebarang tindakan  terhadap penceroboh negara dan tidak berkompromi lagi. Kami sentiasa mendoakan agar pihak Polis dan ATM sentiasa dilindungi Allah dalam melaksanakan tugas mempertahankan kedaulatan negara dari dicerobohi oleh penceroboh dari Selatan Filipina yang mengelarkan diri mereka  Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Kemaskini :-

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memaklumkan seorang pegawai dan empat anggota polis telah terkorban malam tadi di Kampung Sri Jaya, Simunal, Semporna, Sabah.  Sepasukan Polis telah dihantar ke kawasan berkenaan untuk menyiasat aduan penduduk mengenai beberapa orang lelaki yang dilihat membawa senjata.  Apabila mereka sampai di kawasan berkenaan, mereka telah diserang dan ditembak oleh Penceroboh. Dua orang anggota Penceroboh dilaporkan telah terkorban dalam insiden ini-  Berita TV1

Setakat ini jumlah anggota keselamatan negara kita yang terkorban adalah tujuh orang.

Kemaskini :-

Jam 21:55hrs tadi TV 3 melaporkan seorang lagi Anggota Keselamatan kita dijumpai terkorban menjadikan jumlah mangsa yang terkorban dalam insiden malam tadi di Semporna adalah enam orang. Al-Fatihah dan Takziah.


Setakat ini jumlah anggota keselamatan negara kita yang terkorban adalah lapan orang.

Sumber :- Bernama / TV3.

Tuanku Hajah Haminah Ziarahi Keluarga Perwira Negara Yang Gugur Di Lahad Datu,Sabah


03 Mac 2013, Ahad :-


Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenann menziarahi keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli bin Mamat dan Allahyarham Koperal Sabaruddin bin Daud yang telah gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 01 Mac 2013. Tuanku Hajah Haminah telah berangkat ke Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang untuk menziarahi dua keluarga terbabit disamping menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa. Kedua-dua  kaum keluarga Perwira Negara berkenaan berada di Pengkalan TUDM Subang untuk mengunggu ketibaan jenazah yang diterbangkan dari Sabah untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing.  Kelihatan Tuanku memegang pipi anak  Allahyarham Inspektor Zulkifli sambil diperhatikan oleh isteri Allahyarham, Nor Aziah Nor (27 tahun) yang sedang duduk diatas kerusi roda dan sedang mengandung anak ketiga.

Sumber :- Bernama / Utusan Malaysia

Saturday, March 2, 2013

Sultan Brunei Ucap Takziah Kepada Keluarga Pelajar Yang Dijumpai Mati Lemas Di Tawau

02 Mac 2013, Sabtu :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Awang Muhd Azizan bin Mohd Sidek, pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang meninggal dunia dalam insiden yang berlaku di Sungai Balung, Tawau,  Sabah semalam.  Mayat Allahyarham ditemuai pada jam 15:00hrs tadi oleh sekumpulan nelayan Sabah kira-kira 5km dari tempat kejadian.  Allahyarham merupakan pelajar tahun 2 Sarjana Muda Sains (Major dalam Geologi). Jenazah telah dibawa pulang ke Brunei jam 19:00hrs tadi melalui pesawat CN 235 Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei dan tiba di Pengkalan Tentera Udara Diraja Brunei di Kampung Rimba pada jam 20:30hrs. 

Terdahulu seramai 26 orang pelajar dan 5 pegawai UBD yang terselamat dalam insiden ini beserta kakitangan Kementerian Kesihatan Brunei telah selamat sampai ke Brunei jam 15:03hrs tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Nasib seorang lagi pelajar yang masih hilang belum lagi diketahui.  Kepada yang di Brunei dan ingin mengetahui lebih lanjut berhubung perkara ini boleh menghubungi bilik operasi UBD di talian  2463064, 2460519 atau 2460957 atau pun telefon bimbit 7178966.

Entry Syah terdahulu berhubung insiden ini :-

http://tengkusyah.blogspot.com/2013/03/sultan-brunei-arahkan-kakitangan-ubd.html

Al-Fatihah .......... Semuga Roh Allahyarham Awang Muhd Azizan bin Mohd Sidek ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.

Sumber :- JPM / Danny

Sultan Pahang Rasmikan AMSAS

02 Mac 2013, Sabtu :-

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan merasmikan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Gebeng, Kuantan, Pahang.  AMSAS dahulunya dikenali dengan nama Pusat Latihan dan Akademi Maritim Malaysia.  AMSAS terletak dalam kawasan seluas 80 hektar yang dianugerahkan oleh Sultan Pahang ini dijangka akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan latihan maritim yang bertaraf dunia.  Akademi ini telah melahirkan 2127 orang pegawai penguatkuasa marintim  semenjak ianya ditubuhkan pada 2005 dimana dari jumlah berkenaan, 140 orang daripada pegawai adalah wanita. Pada Disember 2012 lepas AMSAS telah mendapat sijil akreditasi latihan daripada Jabatan Laut Malaysia bagi mengiktiraf kursus-kursus yang dijalankan oleh AMSAS.

Turut serta mengiringi Sultan Pahang adalah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom ; Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah;Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin ; Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob  dan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish.

Sumber :- Bernama

Sultan Brunei Arahkan Kakitangan UBD dan Ahli Keluarga Pelajar Yang Hilang Di Tawau Dihantar Ke Sabah Serta Merta

02 Mac 2013, Sabtu :-

Semalam telah berlaku satu insiden yang tidak diingini melibatkan empat pelajar    daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang sedang dalam rangka lawatan sambil belajar di Tawau, Sabah. Seramai 29 orang pelajar dan kakitangan UBD menyertai program ini.  Pada jam 16:00hrs beberapa pelajar sedang membuat kajian mengenai batu batan di Sungai Balung kira-kira 500 meter dari Jambatan Sungai Balung. Ketika  beberapa pelajar bergerak ke tengah sungai, tiba-tiba paras air naik dan arus sungai menjadi deras dari  bahagian ulu.  Empat pelajar telah dihanyutkan oleh air deras dan hanya dua sahaja yang dapat ditemui manakala dua lagi masih hilang. 

Berikutan peristiwa ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menitahkan lima pegawai dari UBD, ibu bapa dan ahli keluarga empat orang pelajar yang terlibat dalam tragedi berkenaan diterbangkan ke Sabah serta merta menggunakan Penerbangan Diraja Brunei B1 829 malam tadi pada jam 21:40hrs dan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei.

Usaha-usaha mencari dan menyelamatkan mangsa sedang giat dijalankan oleh pasukan Polis dan Bomba Sabah manakala pelajar dan kakitangan UBD yang terselamat telah ditempatkan disebuah hotel di Tawau dan diletakkan dibawah pengawasan Kounsellor Agong Brunei di Sabah. Syabas diucapkan kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang begitu perihatin terhadap kebajikan rakyat baginda.

Sumber:- Pelita Brunei

Dua Anggota Keselamatan Negara Kita Terkorban Angkara Serangan Penceroboh Yang Diketuai Oleh Adik Sultan Sulu

Dari Kanan :- Inspektor Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut merupakan anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik dan merupakan anak kepada seorang ibu tunggal, Khadijah bt Ismail (64 tahun). Isteri Allahyarham, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun serta sedang hamil anak yang ke-3. Manakala Allahyarham Kopral Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun. 

03 Mac 2012, Sabtu  :- 

Inilah dia dua wira negara kita yang telah gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada dicerobohi oleh kumpulan penceroboh yang diketuai oleh adik Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram dari Selatan Filipina yang telah menceroboh negara kita pada 09 Februari lepas dan berkubu di Felda Sahabat 17 di Tungku, Kampung Tanduo, Daerah Lahat Datu di Sabah. Anggota polis komando VAT 69 yang terkorban selepas terkena serangan mortar pagi semalam adalah Inspektor Zulkifli bin Mamat berusia 29 tahun dan Koperal Sabaruddin bin Daud berusia 47 tahun.  Jenazah dua anggota polis komando VAT 69 ini dijadualkan tiba di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pagi ini jam 09:00hrs.  Jenazah telah disolatkan di Masjid Batalion 17 Pasukan Gerakan Am sebelum diterbangkan ke Semenanjung Malaysia. Allahyarham Inspektor Zulkifli akan disemadikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu manakala Koperal Sabaruddin akan disemadikan Parit 1, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya semalam memaklumkan bahawa kumpulan  penceroboh telah memulakan dahulu serangan terhadap pasukan keselamatan negara kita  apabila mereka mara 1.5km dari tempat mereka berkampung sebelum ini. Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengesahkan dua anggota keselamatan Malaysia telah terbunuh dan tiga lagi cedera dalam pertempuran ini manakala 10 hingga 12 anggota penceroboh telah terbunuh. Beliau juga menzahirkan rasa kesalnya kerana telah berlaku insiden pertumpahan darah dan mengakibatkan negara kehilangan dua anggota keselamatan.

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak lagi, beliau telah memberikan mandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap penceroboh negara kita dan tiada kompromi lagi. Ini bermakna pihak Polis dan Tentera telah diberikan kuasa untuk mengambil tindakan mengikut budi bicara mereka. Datuk Seri Najib juga memberi amaran kepada penceroboh samada mereka menyerah diri atau berhadapan dengan sebarang tindakan hasil daripada perbuatan mereka menceroboh negara kita.  Tambah beliau lagi, pasukan tentera laut telah mempertingkatkan tahap keselamatan di perairan negara bagi mengelakkan kumpulan penceroboh ini terlepas keluar dan melarikan diri. 

Anggota-anggota keselamatan kita yang tercedera adalah Kopral Mohd Tarmizi Hashim berusia 32 tahun, Kopral Azman Ampong berusia 39 tahun dan Konstable Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli berusia 22 tahun.

Ucapan takziah Syah ucapkan kepada keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli dan Allahyarham Koperal Sabaruddin agar kalian semua tabah menghadapi dugaan ini dan kita semua telah kehilangan dua butir permata yang berharga demi menyelamatkan marwah bangsa dan negara Malaysia. Keluarga Allahyarham harus berbangga kerana Allahyarham Inspektor Zulkifli dan Allahyarham Koperal Sabaruddin telah Mati Syahid kerana mempertahankan negara.

Al-Fatihah :-
Semuga Roh Allahyarham Inspektor Zulkifli bin Mamat dan Allahyarham Koperal Sabaruddin bin Daud ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin

Sumber :- Bernama

Friday, March 1, 2013

Sultan Pahang Ziarahi Keluarga Empat Pemancing Yang Hilang

01 Mac 2013, Jumaat :- 

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan meluangkan masa selam dua jam menziarahi keluarga empat pemancing yang dilaporkan hilang selepas berlepas dari Jeti Sungai Kuantan dengan menaiki bot gentian kaca fiber pada 20 Februari lepas. Mereka yang terlibat adalah Baheruzaman Yusof (40 tahun), Ayzzat Rahmat Yaakop (40 tahun), Rahmat Chik (50 tahun) dan Karim Zakaria (41 tahun). Tuanku Sultan Ahmad Shah menitahkan agar Jabatan Kebajikan Masyarakat memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat. Baginda juga telah menitahkan agar Penghulu kawasan berkenaan memberi perhatian sewajarnya kepada keluarga terlibat.

Diantara titah baginda :-
  • Saya baca surat khabar, sepatutnya dia (mangsa) tak pergi hari tu, tetapi tergerak nak pergi juga keluar 6.45 petang ........ dah gelap.
  • Kesedihan yang ditanggung lebih besar pada isteri-isteri (mangsa).  Saya berdoa mudah-mudahan Allah akan tentukan kehidupan anak-anak mereka terpelihara dengan baik.

Baginda juga turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis, Agensi Pengangkutan Maritim Malaysia (APMM), tentera laut dan tentera udara atas bantuan yang diberikan untuk mengesan kedudukan mangsa yang hilang. Ketua Penguatkuasa APMM, Laksamana Pertama Maritim Datuk Nasir Adam memaklumkan bahawa operasi mencari dan menyelamat  akan diteruskan hingga Ahad ini. Kebiasaannya usaha mencari mangsa yang hilang dilaut akan mengambil masa empat  hingga tujuh hari sahaja, walau bagaimanapun jika terdapat petunjuk baru, operasi akan dilanjutkan lagi.  Tambah beliau lagi usaha mencari telah diperluaskan sehingga ke Tanjung Gemuk, Rompin. Keadaan laut yang bergelora sekarang ini merupakan faktor  utama yang menghalang usaha pencarian mangsa yang hilang.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar mangsa-mangsa yang hilang ini selamat dan dijumpai dengan segera.  Kepada keluarga mangsa, Syah berharap agar mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber:- Bernama

Thursday, February 28, 2013

Sultan Brunei Darussalam dan Raja Isteri Hadiri Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baru Tiong Hwa 2013

28 Februari 2013, Khamis:-


Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baru Tiong Hwa 2013.  Meskipun sambutan Tahun Baru Cina telah berakhir dengan sambutan Chap Goh Meh namun ada pihak-pihak tertentu yang masih lagi mengadakan sambutan Tahun Baru Cina sebagai memeriahkan perayaan tersebut. Masyarakat Tiong Hwa di Brunei telah mengadakan Sambutan Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baru Tiong Hwa 2013 di Dewan Indera Samudra, Empire Hotel and Country Club di Jerudong.

Turut mengiringi Tuanku Sultan Brunei Darussalam dan Raja Isteri adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahman serta kerabat-kerabat diraja lainnya.  Para tetamu telah dihiburkan dengan persembahan tarian asli Brunei dan masyarakat Cina, nyanyian serta persembahan tarian singa. Tuanku Sultan Brunei Darussalam dan Raja Isteri serta rombongan juga berkenaan melawat pameran yang disediakan oleh masyarakat Tiong Hwa serta menerima cenderahati.

Sumber:- Jabatan Penerangan Brune / Pelita Brunei