Friday, June 21, 2013

Raja Azmi Akan Menamatkan Zaman Solonya

21 Jun 2013, Jumaat :-

Shukur Alhamdulillah bila mendengar khabar Raja Azmi Raja Sulaiman akan menamatkan hidup "solo"nya dengan bekas pemain bass kumpulan rock era 80an, Kumpulan CRK iaitu Mohd Eddie Ghazali. Eddie berusia 45 tahun merupakan seorang duda anak dua. Mereka dikenalkan lima bulan yang lalu oleh anak saudara Eddie yang merupakan seorang jurulatih gimnasium yang selalu dikunjungi oleh Raja Azmi di Kota Damansara. Pada awalnya mereka hanya berkawan biasa, walau bagaimanapun lama-kelama ada keserasian diantara mereka dan perhubungan ini telah direstui oleh keluarga kedua belah pihak terutamanya anak-anak mereka. Sehubungan dengan itu kedua-duanya telah mengambil keputusan untuk bertunang pada 15 Julai depan dan berkahwin selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 15 September 2013.

Raja Azmi yang berusia 54 tahun dan merupakan ibu kepada tiga orang cahayamata serta nenek kepada dua orang cucu mahu mengadakan kenduri kahwin mengikut adat Melayu walaupun mereka sudah berusia. Kerabat Diraja Perak ini bercerai dengan bekas suaminya yang merupakan jaguh badminton negara, Jailani Sidek pada 27 Jun 2012 setelah 28 tahun hidup bersama. Hasil daripada perkahwinan ini mereka dikurniakan dengan dua orang anak perempuan dan seorang lelaki iaitu Puteri Suraya (28 tahun), Puteri Suaida (24 tahun) dan Megat Deli (19 tahun). Manakala Eddie pula merupakan seorang duda yang kematian isteri dengan dua orang anak lelaki.

Syah mendokan agar Raja Azmi dan Eddie dipanjangkan jodoh hingga kejinjang pelamin dan dapat melayari bahtera berumah tangga hingga akhir hayat masing-masing. Amin. Inilah yang dikatakan Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan ditentukan oleh Allah.  Hanya DIA sahaja yang tahu apa yang terbaik buat kita semua.

Sumber :- Metro / dll

3 comments:

Unknown said...

Raja Azmi nampak awet muda :)

dynas said...

Syah bila nak kahwin.takkan nak menduda je jadi anak teruna tua.

tengkusyah said...

Insyallah dynas
Tak jadi masalah pada Syah soal kahwin ini dan yang penting Syah tak ganggu orang lain.