Tuanku Abdul Halim memotong Kek Hari Keputeraan Sambil Diperhatikan oleh Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Isteri masing-masing dalam Majlis Jamuan Teh Diraja.
02 Jun 2013, Ahad :-
Petang tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV. Seramai 2500 tetamu jemputan khas menghadiri majlis ini termasuk Perdana Menteri dan Isteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri dan Isteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Puan Sri Norainee Abdul Rahman. Majlis diadakan di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Sumber :- Bernama
1 comment:
selamat hari keputeraan
Post a Comment