Wednesday, June 5, 2013

Wanita Menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ditangkap

05 Jun 2013, Rabu :-

Pepatah Melayu ada menyatakan "Buat Baik Berpada-Pada, Buat Jahat Jangan Sekali", begitulah nasib yang menimpa seorang wanita bernama Melissa Gooi yang ditahan oleh pihak Polis berhubung kes menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui laman sosial Facebook. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataannya mengesahkan bahawa pemilik akaun facebook diatas nama Melissa Gooi berusia 32 tahun telah ditahan dalam satu serbuan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).  Melissa dipercayai berkerja sebagai pengurus pemasaran sebuah syarikat produk kecantikan telah menyembunyikan diri setelah semenjak identitinya didedahkan oleh beberapa lama blog. Beliau ditahan semalam lebih kurang jam 09:30hrs berhampiran kediamannya di Taman Nirwana, Ampang. Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis pada lewat petang semalam manakala telefon bimbitnya dirampas untuk tujuan siasatan.

Melissa ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, kerana menghina ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial Facebook pada 01 Jun 2013.  Melissa dan rakan-rakannya dikatakan menulis kata-kata penghinaan di Facebook ketika Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong  bertitah melalui siaran secara langsung di Radio Televisyen Malaysia atau RTM. Dalam Titah berkenaan, baginda mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang ditentukan oleh mereka sendiri. Titah ini telah dikomen oleh Melissa sehingga mencetuskan bantahan orang ramai dan berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat.

Tangkapan dibuat selepas pihak Polis dan SKMM menerima laporan dari seluruh negara berhubung kenyataan berbentuk penghinaan ke atas titah Seri Paduka Baginda sempena Hari Keputeraan Baginda. Selain daripada itu pihak Polis juga sedang membuat siasatan lanjut terhadap empat lagi individu yang merupakan kenalan facebook  Melissa yang turut memberikan komen berbentuk penghinaan. Mereka yang dicari adalah Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam kenyataannya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung empat individu berkenaan supaya menghubungi Rakan Cop Polis Kontijen Kuala Lumpur di talian 03 21159999 atau datang kemana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

SKMM dalam kenyataannya pula memaklumkan Melissa ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh didakwa mengikut Akta Hasutan 1948. SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuat naik kandungan serta komen yang mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja negara ini.

Sumber :- theSun / Berita Harian / Mazidulakmal.com

2 comments:

Anonymous said...

pihak PDRM hanya mengambil STATEMENT dari TERDUDUH... dan... TERTUDUH dilepaskan dgn JAMINAN PDRM...?? Kenapa boleh JADI macam ni...???? Apa RASIONAL LAPORAN POLIS yang dibuat oleh BERPULUH-PULUH NGO...?

Anonymous said...

kalau di thailand dah habis riwayat meringkuk lah engkau