Hari ini Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan merasmikan majlis penutup Seminar Institusi Raja anjuran Universiti Malaysia Perlis atau UniMAP. Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merupakan Canselor UniMAP diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Seminar dua hari ini bermula pada 05 Jun 2013 dan berakhir hari ini manakala perasmian seminar telah disempurnakan oleh Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail .
Sila click Entry Syah berhubung Perasmian Seminar Institusi Raja
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment