Wednesday, June 26, 2013

Bakal Suami Tengku Amalin dan Keluarga Kini Berada Di Kelantan

Kelihatan Bakal Pengantin Diraja Lelaki sedang memperkatakan sesuatu  kepada kedua Ayahanda dan Bondanya sebelum mereka berlepas ke Kota Baharu,Kelantan.


26 Jun 2013, Rabu :-

Sempena perkahwinan Diraja diantara YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi yang dijadualkan berlangsung dalam minggu ini, keluarga Diraja Brunei kini telah berada di Kota Baharu, Kelantan.  Rombongan dari Brunei telah bertolak ke Kota Baharu pada Isnin lepas bersamaan 24 Jun diketuai oleh Ayahanda pengantin lelaki iaitu Duli  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan bondanya Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. Rombongan dari Brunei menginap di Hotel Renaissance dan Hotel Perdana di Kota Baharu, Kelantan.


Majlis Pertunangan Penganti Diraja telah diadakan pada April lepas dengan penuh adat istiadat diraja di Istana Negeri dengan berbalas hantaran 11 dulang dipihak lelaki dan 13 dulang dipihak perempuan.  Majlis Akad Nikah dijadualkan berlangsung esok 27 Jun 2013 di Istana Negeri manakala Majlis Resepsi akan berlangsung di Hotel Renaissance pada 28 Jun 2013.  YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri merupakan Puteri Tunggal Bongsu daripada tiga saudara lelaki termasuk Al-Sultan Kelantan, KDYMM Sulttan Muhammad ke-V yang merupakan anakanda  kepada Bekas Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail ibni Almarhum Sutan Yahya Petra dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis. YAM Pengiran Muda Abdul Qawi pula merupakan Putera Sulong dalam keluarganya.

Sumber :- Kerabat Diraja Kelantan / Borneo Bulletin.

1 comment:

Nurfaezah Abdullah said...

semoga pengantin diraja kekal bahagia hingga ke jannah :)