16 Jun 2013, Ahad :-
AmCorp Mall di Petaling Jaya memang terkenal dengan jualan barang-barang lama dan antik seperti perhiasan, duit, rekod/piring hitam dan buku-buku. Brother Syah, Muss selalu datang kesini untuk mencari piring hitam lama yang ada dijual disini. Kebetulan hari nie Syah kerja kerana ada payment yang harus disiapkan sebelum Account Closing bagi bulan Jun pada hari rabu ini. Balik dari kerja tadi Syah terus ke AmCorp Mall naik LRT untuk melihat jika ada buku-buku lama mengenai raja-raja. Jalan punya jalan akhirnya Syah jumpa gerai yang menjual buku lama RM10.00 untuk tiga buku. Syah terumpa buku bertajuk Royal Wedding In Vouge (1922-1981). Hanya satu nie jer buku berkenaan raja-raja dan Syah tanya Auntie tu kalau nak beli satu sahaja berapa dan dia jual buku nie dengan harga RM5.00 pada Syah. Buku ini mengenai Perkahwinan Diraja Britain yang dimuatkan dalam majalah Vouge semenjak 1922 hingga 1981.
Jalan kedepan sedikit,Syah jumpa gerai jual 4 buku mengenai kerabat Diraja Britain tetapi kena beli semua sekali dengan harga RM80.00 dan Syah rasa tak worth it. Penjual tu tanya berapa harga Syah hendak dan Syah informed dia yang Syah cuma bertanya sahaja. Bertambah lagi koleksi buku di Maharum Bugis Syah Mini Royal Library. Shukur Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment