Sunday, June 23, 2013

Mak Long Zainab Kembali Kerahmatullah


23 Jun 2013, Isnin :-

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ).  Dukacita dimaklumkan bahawa jenazah kekanda kepada Bonda Tiri Syah, Mak Long Zainab telah dijumpai petang semalam lebih kurang jam 17:00hrs berhampiran sungai di kawasan Bagan Nira, Sabak, Bernam, Selangor.  Allahyarhamah Mak Long didapati hilang semenjak Isnin, 16 Jun lepas selepas pergi kekebunnya.  Allahyarhamah berusia lingkungan 84 tahun masih cergas dan sihat untuk berkebun yang menjadi aktiviti harian Allahyarhamah cuma Allahyarhamah menghadapi sedikit masalah pendengaran kerana faktor usianya. Semenjak kehilangannya, usaha mencari telah dijalankan oleh saudara mara dan pihak berkuasa.  Lokasi mayat dijumpai agak jauh sedikit dari kawasan kebunnya.  Postmortem akan dijalankan hari ini di Hospital Tengku Ampuan Jemaah di Sabak Bernam  dan selepas itu baru jenazah Allahyarhamah Mak Long Zainab akan disempurnakan.

Kali terakhir Syah berjumpa Allahyarhamah Mak Long Zainab adalah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 dan Hari Raya tahun ini nampak gayanya tak dapatlah Syah berjumpa lagi dengan Allahyarhamah Mak Long Zainab.  Allahyarhamah Mak Long Zainab bagi Syah seorang yang cantik walaupun telah  berusia dan Allahyarhamah kelihatan sihat dan bertenaga cuma mengalami sedikit masalah pendengaran. Suami Allahyarhamah Mak Long Zainab telah lama meninggal dunia dan beliau duduk seorang di rumah tetapi semenjak beberapa tahun kebelakangan ini salah seorang anak perempuan berserta suaminya tinggal bersama Allahyarhamah Mak Long Zainab.  Satu perkara yang Syah suka apabila kerumah Allahyarhamah Mak Long Zainab adalah menikmati keindahan bentuk rumah kayu tradisionalnya yang cantik dan diperbuat daripada kayu bermutu tinggi.

Marilah kita  bersama-sama sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Mak Long Zainab :-


Semuga Roh Allahyarhamah Mak Long Zainab Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh, Amin.  Ucapan Takziah dari Syah dan keluarga kepada Keluarga Allahyarhamah Mak Long Zainab diatas kemangkatan ini. Semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini.

1 comment:

Anonymous said...

TENTU MAK LONG ZAINAB U TU BELA HANTU RAYA...