Tuesday, May 7, 2013

Tunku Annuar Kurnia Watikah Perlantikan MB Kedah Kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir

07 Mei 2013, Selasa :-

Semalam Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, YangTeramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mengurniakan watikah pelantikan sebagai Menteri Besar Kedah kepada Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir.  Istiadat diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri di Kedah dengan majoriti mudah selepas memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).  Selepas  selesai mengangkat sumpah perlantikan jawatan Menteri Besar Kedah, beliau telah menerima ciuman daripada bonda tersayang, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Tahniah diucapkan kepada Datuk Mukhriz yang juga merupakan anak kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad.  Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan .....?  Syabas kerana telah berjaya mengembalikan keyakinan orang Kedah terhadap Barisan Nasional.  Semuga Barisan Nasional sentiasa bertahta dihati warganegara Malaysia.

Sumber :- Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk

Contohnya yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Permuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.

Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……

Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat

Sekian, Terima kasih

Anonymous said...

Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk

Contohnya, yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Pemuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.