Pagi tadi Pengerusi Barisan Nasional Perak, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir telah mengadap Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Istana Kinta, Ipoh, Perak. Barisan Nasional Perak membentuk kerajaan dengan majoriti mudah setelah memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan Raya Umum Ke-13 yang berlangsung semalam. Dalam pertemuan hampir satu jam itu, Dato Dr. Zambry mempersembahkan keputusan PRU 13 dan memohon perkenaan Tuanku untuk pembentukan kerajaan negeri yang baru. Istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Perak akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment