Pada Rabu, 08 Mei 2013, Her Majesty Queen Elizabeth II telah berkenaan menghadiri Istiadat Pembukaan Parlimen Britain 2013 dan baginda kelihatan masih lagi bertenaga dan sihat walaupun telah mencapai usia 87 tahun. Istiadat dimulai dengan keberangkatan baginda dari Buckkingham Palace ke House of Parliment dengan diiringi oleh Pasukan Berkuda Diraja. Sepanjang pemerintahan baginda, Her majesty Queen Elizabeth II telah menghadiri sebanyak 60 Istiadat Pembukaan Parlimen kecuali pada tahun 1959 dan 1963 kerana mengandungkan Putera Andrew dan Putera Edward manakala pada tahun 2011 pula istiadat ini dibatalkan oleh kerajaan British.
Kedaulatan baginda kelihatan begitu terserlah dengan memakai Mahkota Kerajaan yang dihiasi dengan 2,868 butir berlian, 273 butir mutiara, 17 butir batu permata Nilam, 11 butir batu permata Zamrud dan 5 butir batu permata Delima dengan berat 2lb. Mahkota Kerajaan yang terkenal ini hanya dipakai untuk Istiadat Pertabalan dan Pembukaan Parlimen sahaja. Jika tidak digunakan, iannya disimpan dengan kawalan keselamatan yang ketat di Tower of London. Baginda juga memakai subang mutiara "pearl drop" kepunyaan Mendiang Queen Victoria yang merupakan hadiah daripada suami mendiang iaitu Prince Albert kepada Queen Victoria. Begitu juga kalung mutiara yang dipakai oleh baginda merupakan kalung Mendiang Queen Victoria. Kalung ini telah dihadiahkan kepada Queen Victoria sempena sambutan Jubli Emas pemerintahan Queen Victoria.
Baginda Queen Elizabeth II disamping Suami Tercinta Prince of Edinburgh sewaktu Istiadat Pembukaan Parlimen 2013.
Selain daripada itu, baginda juga memakai Jubah Kerajaan sepanjang 18 kaki seberat 15lb yang dibawa oleh empat orang kanak-kanak. Pakaian yang digunakan pada hari berkenaan adalah pakaian yang direka oleh Angela Kelly yang digunakan oleh baginda untuk potrait rasmi sempena sambutan Jubli Emas Pemerintahan baginda pada 2012. Baginda juga menggunakan gelang tangan mutiara dan juga jam tangan mutiara.
Terdapat sedikit kelainan sewaktu istiadat pembukaan parlimen pada kali ini dimana buat pertama kalinya dalam masa 17 tahun Prince of Wales menghadiri Istiadat Pembukaan Parlimen Britain bersama-sama bondanya dan buat julung kalinya Prince of Wales menghadiri istiadat ini bersama isterinya, Dutch of Cornwall. Adakah ini sebagai tanda awal Prince of Wales akan menerima tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar lagi sebagai pewaris tahta pertama Britain.
Sumber :-Royaltynu
1 comment:
Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk
Contohnya yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Permuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.
Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……
Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat
Sekian, Terima kasih
Post a Comment