13 Mei 2013, Isnin :-
Pada Sabtu lepas bersamaan 11 Mei 2013, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan dan Sultan Terenganu telah berkenan menghadiri majlis Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar masing-masing. Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah memperkenankan perlantik Dato' Seri Mohamad Hasan yang berusia 57 tahun sebagai Menteri Besar yang baru untuk penggal yang ketiga semenjak 2004. Istiadat yang diadakan pada jam 10:56hrs di Istana Besar Seri Menanti ini turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah bte Almarhum Tengku Besar Mahmud ; Undang Luak Sungai Ujong, YTM Dato' Mubarak Dohak ; Undang Luak Jelebu, YTM Dato' Musa Wahab ; Undang Luak Johol, YTM Dato' Mohd Jan Abdul Ghani dan Undang Luak Rembau, YTM Dato' Muhamad Sharip Othman.
Manakala Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah memperkenankan perlantikan Dato' Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu untuk penggal yang kedua. Istiadat dijalankan di Istana Maziah, Kuala Terengganu, Terengganu.
Sumber :- Berita Harian
No comments:
Post a Comment