14 Mei 2013, Selasa :-
Pagi tadi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di hadapan Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Baharu, Johor. Turut serta dalam majlis ini adalah Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merupakan ADUN N43 Permas memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 5,752 undi mengalahkan calon dari PAS, Syed Othman Abdullah (BN 23,952 undi dan PAS 18,200 undi)
Sumber :- Kesultanan Johor/Bernama/Ismail Woon/Berita Harian
No comments:
Post a Comment