31 Mei 2013, Jumaat :-
Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan Hari Keputeraan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 01 Jun 2013. Majlis yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, pegawai-pegawai tinggi kerajaan serta para jemaah lainya.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment