Thursday, May 9, 2013

Sultan Pahang Hadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang

09 Mei 2013, Khamis :-

Hari ini pada Pengerusi Barisan Nasional Pahang, Dato' Seri Diraja Adnan Yaakob telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang dihadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang. Istiadat yang berlangsung pada jam 17:00hrs di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang ini turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Seri Muhammad Sufian.  Dato' Seri Adnan berusia 60 tahun dilantik sebagai Menteri Besar Pahang untuk kali keempat apabila BN memenangi 30 daripada 42 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU ke-13 pada 05 Mei 2013 lepas. Tahniah kepada Barisan Nasional kerana telah mendapat mandat daripada rakyat untuk menerajui pemerintahan dinegara kita yang tercinta ini iaitu Malaysia.

Sumber :- Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk

Contohnya yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Permuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.

Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……

Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat

Sekian, Terima kasih