16 Mei 2013, Khamis :-
Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim
Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan
Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Oleh
Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara. Istiadat yang diadakan di Balairong Seri,
Istana Negara pada jam 10:10hrs ini turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun ; Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun
Razak dan isteri Datin Seri Rousmah Mansor ; Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad
Badawi, dif-dif kehormat dan para jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga
barisan kabinet yang dilantik.
Istiadat
dimulai dengan penerimaan surat cara pelantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang merupakan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pelajaran dan Pengajian
Tinggi 1. Beliau kemudian melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia
sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Ketua Hakim
Negara Tun Arifin Zakaria dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menjalani istiadat ini, enam menteri
kanan pula mengambil giliran untuk mengangkat sumpah jawatan dan taat setia
serta simpan rahsia masing-masing yang terdiri daripada Datuk Seri G. Palanivel
(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
(Menteri Pelancongan dan Kebudayaan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
(Menteri Pertahanan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri) dan Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili (Menteri
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air).
Kumpulan ini diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Seterusnya, acara penyerahan surat cara
pelantikan serta melafaz sumpah jawatan dan taat setia bagi menteri dan
timbalan menteri dijalankan secara berkumpulan seramai enam orang dimulai
dengan Datuk Seri Douglas Uggah Embas (Menteri Perusahaan Perladangan dan
Komoditi), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri), Datuk Seri
Ahmad Shabery Cheek (Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Seri Dr S.
Subramaniam (Menteri Kesihatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
(Menteri Kewangan II).
Kumpulan
kedua pula terdiri daripada Datuk Seri Anifah Aman (Menteri Luar), empat
Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk
Seri Idris Jala, Tan Sri Joseph Kurup dan Datuk Joseph Entulu Belaun, dan Datuk
Rohani Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat). Istiadat diteruskan dengan kumpulan Datuk Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya), Datuk Hasan Malek
(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Datuk Richard
Riot Jaem (Menteri Sumber Manusia), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
(Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Idris Jusoh (Menteri Pelajaran dan
Pengajian Tinggi II) dan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Menteri di Jabatan
Perdana Menteri).
Kumpulan terakhir terdiri daripada Datuk Paul Low Seng Kwan (Menteri di Jabatan
Perdana Menteri), Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Menteri Belia dan Sukan), Datuk
Abdul Rahman Dahlan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan), Nancy Shukri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Dr Ewon
Ebin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi). Istiadat kemudiannya diteruskan untuk 24 orang
timbalan menteri. Setelah istiadat
selesai, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan
mencemar duli untuk menghadiri sesi bergambar bersama barisan kabinet 2013.
Istiadat
Mengangkat Sumpah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia
telah disempurnakan pada 06 Mei 2013 selepas Barisan Nasional mendapat mandat rakyat
untuk meneruskan kesinambungan mentadbir negara. Dalam Pilihan Raya Umum (PRU)
ke-13 yang diadakan pada 05 Mei 2013, Barisan Nasional menang 133 daripada 222
kerusia Parlimen yang dipertandingkan.
Pagi semalam Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengadap Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memohon perkenan baginda berhubung senarai barisan kabinet Persekutuan
yang baru dan pada sebelah petangnya pula lebih kurang jam 17:00hrs, Datuk Seri
Najib Tun Razak telah membuat pengumuman secara langsung keseluruh Negara berhubung
senarai barisan kabinet berkenaan.
Sumber
:- Bernama