Monday, February 11, 2013

Tengku Kudin

11 Februari 2013, Isnin :-

Tahukah anda siapakah gerangannya lelaki ini. Beliau dikenali sebagai Tengku Kudin atau nama sebenarnya Tunku Dhiauddin ibni Sultan Zainal Rashid. Beliau merupakan menantu kepada Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah. Tengku Kudin berkahwin dengan Raja Arfah binti Sultan Abdul Samad pada tahun 1868. Tengku Kudin telah dilantik sebagai Orang Besar Daerah Kuala Langat dan kemudiannya pula dilantik sebagai Wakil Yam Tuan oleh Sultan Abdul Samad.

Perang saudara berlaku di Klang pada tahun 1866 diantara Raja Abdullah dan sepupunya Raja Mahadi yang ingin memiliki Klang. Pada 1869 Tengku Kudin dengan bantuan orang-orang  Kedah telah campurtangan dalam perang saudara ini dengan membantu Raja Ismail yang merupakan putera kepada Raja Abdullah untuk menentang Raja Mahadi. Ahkirnya pada Mac 1870, Tengku Kudin telah berjaya menguasai Klang.  Tengku Kudin telah berjaya memaju dan membangunkan Klang sehingga dikagumi oleh pihak Inggeris.

Keadaan tidak menentu dan huru hara di Selangor berakhir pada 1875 apabila pengikut Raja Mahadi menyerah diri kepada pihak British yang telah lama bertapak di Selangor.  Tengku Kudin kemudiannya meletak jawatan sebagai Wakil Yam Tuan pada pertengahan tahun 1878 setelah menyedari kuasa dan pengaruhnya semakin berkurangan di Selangor.  Tengku Kudin kemudiannya kembali ke Kedah dan telah bermastautin di Pulau Pinang hingga mangkat pada 25 Mei 1909.

Tengku Kudin adalah anak kepada Sultan Kedah, Sultan Zainal Rashid dan adinda kepada Sultan Ahmad Tajuddin III. Beliau dilahirkan pada 1835 di Pulau Pinang dan  mendapat pendidikan separuh Eropah. Tengku Kudin dikatakan terpengaruh dengan cara hidup orang Eropah. Tengku Kudin pernah dilantik sebagai Raja Muda Kedah pada September 1859 semasa pemerintahan kekandanya Sultan Ahmad Tajuddin III.  Walau bagaimanapun, beliau telah dilucutkan daripada jawatan Raja Muda Kedah pada tahun 1873 atas alasan terlibat dalam Perang Saudara yang berlaku di Selangor. 

Ada yang mengatakan bahawa Tengku Kudin adalah orang Melayu pertama yang memakai cermin mata.... Waullahu alam bissawab.

Tengku Kudin mangkat di Gelugor, Pulau Pinang dan telah dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah. Tengku Kudin meninggalkan tiga orang putera dan dua puteri hasil perkahwinannya dengan beberapa orang wanita termasuk Raja Arfah. Anak-anak Tengku Kudin adalah :-
  • Tunku Muhammad Bahadur Shah (anakanda Raja Arafah)
  • Tunku Adnan
  • Tunku Haidar Ali Shah
  • Tunku Mariam
  • Tengku Ampuan Maharum (anakanda Raja Arafah) Isteri pertama Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor ke-5.
Sumber :- MBS/Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz/Wikipedia/The Royal Ark

5 comments:

syasha said...

Hi,

I also made understand from my father that Tengku Kudin have another name which Syed Ali Zainal Abidin. Perhaps you can dig more on this.

Regards

Unknown said...

syasha, salam...Tunku Kudin or Syed Zainal Abidin bin Raden Sharif Muhammad Zahir Shahabudin is entirely different person...He was named Tunku Kudin because his mother was the daughter of Sultan Abdullah making him the nephew of Sultan Ahmad Tajudin (Marhum Melaka)..

Norman said...

Salam Pn Sharifah, dont mind me asking, do u have connection or blood line with Almarhum Tengku Kudin?...

Unknown said...

Assalamualaikum.. Saya mencari sesiapa yg mengetahui asal usul tunku kudin. Mohon bantuan. Terima kasih :)

Anna
Kuala Lumpur

Anonymous said...

Salam Shah saya bermohon dapatlah kiranya shah membantu saya moyangda saya bernama Wan bakyah bt megat aris dan megataris ini dipercayai cucunda kepada tengku kudin beliau dikedah menentang inggeris dengan bantuan anak-anak raja siak . bagaimana caranya boleh saya mendapat maklumat berkenaan nya Allayarham Wan Bakyah berasal dari Kuala Muda Kedah dan dikatakan bahawa
nindanya adalah anak raja Kelang
Nama saya Zulkifli Ramli'
e-mail saya bugis1234@hotmail.com

harap sangat Shah dapat membantu