26 Februari 2013, Selasa :-
Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan surat watikah dan menerima surat tauliah perlantikan Duta-Duta Besar yang baru di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. Majlis diadakan secara berasingan dan dimulai dengan pengurniaan watikah perlantikan Duta Brunei keluar negara.
Tuanku Sultan telah berkenaan menerima mengadap dan mengurniakan surat watikah perlantikan kepada Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghafar bin Haji Ismail, wakil tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat dan Pehin Datu Panglima Kolonel (B) Dato Paduka Haji Abdul Jalil bin Ahmad yang merupakan Duta Besar Istemewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Persekutuan Jerman. Seterusnya Tuanku Sultan berkenan pula menerima mengadap dan menerima surat tauliah perlantikan daripada Jean-Vves Berthault, Duta Besar Istemewa dan Mutlak Republik Peranchis ke Negara Brunei Darussalam dan akhir sekali Tuanku Sultan berkenan menerima mengadap dan menerima surat tauliah perlantikan daripada Saul Arana Castellon, Duta Besar Istemewa dan Mutlak Republik Nicaragua ke Negara Brunei Darussalam.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei
No comments:
Post a Comment