Click Gambar untuk view
03 Februari 2013, Ahad :-
Ini adalah potrait Duli Yang Maha Mulia Sultan Ala'eddin Suleiman Shah ibni Almahum Raja Muda Musa, Sultan Selangor Kelima yang memerintah pada tahun 1898 hingga 1938 bersama sebahagian putera-putera baginda. Baginda dikenali sebagai seorang yang alim dan banyak memberi sumbangan dalam perkembangan Islam. Baginda merupakan Sultan pertama menghasilkan buku dan buku-buku agama tulisan baginda dijadikan rujukan oleh sekolah-sekolah Melayu ketika itu. Baginda sering memberi syarahan agama dan menyampaikan khutbah Jumaat serta merupakan pengasas kepada pembinaan Masjid Jamek Kuala Lumpur.
Sultan Ala'eddin Suleiman Shah dikurniakan dengan anak yang ramai iaitu 26 orang Putera dan 19 orang Puteri dan sebahagian daripada putera dan puteri baginda masih lagi hidup hingga hari ini. Potrait diatas diambil pada tahun 1936 di Astana Mahkota Puri, Bandar Diraja Klang.
Dibahagian atas yang berada ditengah potrait adalah DYMM Sultan Ala'eddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa.
Barisan Pertama (atas sekali) dari kiri :-
Barisan Pertama (atas sekali) dari kiri :-
- Tengku Khalid Shah (Tengku Indera Bijaya Diraja)
- Tengku Akram Shah (Tengku Seri Asmara Diraja)
- Tengku Ahmad Shah (Tengku Indera Pahlawan Diraja)
- Tengku Abdul Aziz Shah (Tengku Indera Setia Diraja)
- Tengku Badar Shah (Raja Bendahara)
- Tengku Musa'eddin (Tengku Kelana Jaya Putera) - Sultan Selangor Era Jepun
Barisan Kedua dari kiri :-
- Tengku Muzab Shah (Tengku Seri Perdana)
- Tengku Abdul Halim Shah (Tengku Maharaja Diraja)
- Tengku Idris Shah (Tengku Seri Utama Diraja)
- Tengku Shahruddin Shah (Tengku Seri Andika Diraja)
- Tengku Ibrahim Shah (Tengku Seri Wangsa Diraja)
Baris Ketiga dari kiri :-
- Tengku Mohd Tahir
- Tengku Mahmud Shah
- Tengku Yaacob Shah
- Tengku Abdul Jalil Shah (Tengku Seri Perkasa)
- Tengku Mohd Yusof Shah (Tengku Aris Temenggong)
- Tengku Abdul Rahman Shah
- Tengku Abdul Murad Shah
- Tengku Abdul Hamid Shah
Sultan Ala'eddin Suleiman Shah diputerakan di Kuala Selangor pada 19 Rabiul Akhir 1282H bersamaan 11 September 1865, ada juga yang menyatakan baginda lahir pada 1866 atau 1863. Baginda merupakan putera Sulung kepada Raja Muda Musa ibni Sultan Abdul Samad. Ayahanda baginda mangkat sebelum sempat menjadi Sultan Selangor. Baginda kemudiannya telah dilantik sebagai Raja Muda untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan pada 1887. Selepas kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Abdul Samad pada 06 Februari 1898, baginda yang ketika itu dikenali dengan nama Tengku Sulaiman Shah, Raja Muda Selangor telah dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor yang baru. Baginda mangkat pada 30 Muharam 1357H bersamaan 1 Mac 1938 setelah memerintah selama 40 tahun.
Makam di belakang Syah yang bewarna putih ini adalah Makam Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah. Gambar ini Syah ambil semalam 02 Februari 2013 ketika menziarahi Makam Diraja Klang. Makam dibelakang sekali itu adalah Makam Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah, Sultan Selangor ke-6 dan Yang di-Pertuan Agong Ke-2.
Al-Fatihah .......... kepada Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa..........
Al-Fatihah .......... kepada Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa..........
Semuga Roh Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Sumber :- Galari Diraja Sultan Abdul Aziz / Maharum Bugis Syah / Wikipedia / Royal Ark
4 comments:
salam ....yang mana satu Sultan Hisamudin?
Mualaikum salam, tiada dalam gambar Faizal. Ini sebahagian daripada putera-putera baginda.
ok terima kasih
Tengku Mohd Yusof Shah (Tengku Aris Temenggong)
tengku yusof paling lama pegang gelaran dlm istana selangor, dpat gelaran sbg tengku aris ketika berumur 10 tahun pada tahun 1936 sampai skrg...maknanya dah 77 tahun menyandang gelaran tersebut... moga dia dikurniakan kesihatan yg baik oleh Allah SWT
Post a Comment