12 Februari 2013, Selasa :-
Shukur Alhamdulillah keadaan kesihatan Ku Puan beransur pulih dan pagi nie menurut anak saudara Ku Puan, Ku Puan sudah boleh duduk atas kerusi. Ku Puan masih lagi menjalani rawatan di KPJ Ipoh Specialist Center. Pagi tadi Ku Puan sempat berpesan kepada anak saudarnya :-
"Sam, post dalam facebook yea..... ucap terima kasih kepada yang datang melawat dan kepada semua yang mendoakan. Semuga Allah rahmati kalian."
Shukur alhamdulillah Ku Puan beransur sihat dan kami sentiasa mendoakan agar Ku Puan segera sembuh dari kegeringan dan dapat menjalankan aktiviti harian Ku Puan seperti biasa terutamanya melayan pokok-pokok bunga dikediaman Ku Puan. Kepada yang tak mengenali Ku Puan, Ku Puan merupakan bekas Raja Puan Muda Perak iaitu isteri kepada Almarhum Duli Yang Amat Mulia Raja Ekram ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah yang merupakan Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan (1963 - 1978). Ku Puan juga merupakan kakak ipar kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah.
Ku Puan atau Yang Teramat Mulia Raja Nur Ema binti Raja Muhammad Zulkifli telah dimasukkan ke wad ICU KPJ Ipoh Specialist Center kerana mengalami mild stroke dan tekanan darah tinggi pada petang Khamis lepas bersamaan 07 Februari 2013.
Sumber : Sam
Ku Puan atau Yang Teramat Mulia Raja Nur Ema binti Raja Muhammad Zulkifli telah dimasukkan ke wad ICU KPJ Ipoh Specialist Center kerana mengalami mild stroke dan tekanan darah tinggi pada petang Khamis lepas bersamaan 07 Februari 2013.
Sumber : Sam
No comments:
Post a Comment