10 Februari 2013, Ahad :-
Dimaklumkan bahawa pada petang Khamis lepas bekas Raja Puan Muda Perak Yang Teramat Mulia Raja Nur Ema binti Raja Muhammad Zulkifli telah dimasukkan ke wad ICU KPJ Ipoh Specialist Center kerana mengalami mild stroke dan tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun Ku Puan telah beransur pulih dan ditempatkan di wad biasa ditingkat 5 wad 896 petang semalam. Menurut anak saudara Ku Puan, beliau dalam keadaan stabil dan beransur pulih serta sudah boleh bercakap. Shukur alhamdulillah keadaan Ku Puan sudah beransur pulih dan Syah sentiasa mendoakan agar Ku Puan cepat sembuh dari kegeringan. Amin.
Entry Syah berhubung Ku Puan sebelum ini.
Sumber: Sam
No comments:
Post a Comment