13 Februari 2013, Rabu :-
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Mahkamah Diraja memaklumkan bahawa Gabenor Riyadh yang juga merupakan adinda kepada Raja Arab Saudi, Putera Sattam bin Abdul Aziz telah mangkat semalam 12 Februari 2013 dalam usia 72 tahun. Jenazah Putera Sattam akan dimakamkan hari ini di Tanah Perkuburan Al-Adel, Mekah sepertimana wasiat Putera Sattam sendiri yang mahu beliau disemadikan di tanah perkuburan tersebut. Solat Jenazah dijangka akan diadakan selepas Solat Asar di Masjid Imam Turki bin Abdullah. Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan berhubung sebab-sebab kemangkatan dan lokasi kemangkatan. Adalah menjadi kebiasaan bagi kerabat-kerabat diraja kanan Arab Saudi tidak memaklumkan butiran kesihatan mereka kepada umum walaupun mereka dimasukkan ke hospital.
Putera Sattam merupakan anak ke-30 pengasas kerajaan Arab Saudi iaitu Almarhum Raja Abdul Aziz bin Saud. Beliau memperolehi Ijazah Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti San Diego, USA pada tahun 1965. Putera Sattam dilantik sebagai Timbalan Gabenor Riyadh pada tahun 1978 dan kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Riyadh pada tahun 05 November 2011 mengantikan tempat Putera Salman yang dilantik sebagai Menteri Pertahanan ketika itu. Sekarang Putera Salman dilantik oleh Raja Abdullah sebagai Putera Mahkota pada June 2012 lepas berikutan kemangkatan Putera Mahkota Nayef. Putera Sattam merupakan Kerabat Diraja Arab Saudi yang Kanan dan merupakan salah seorang pewaris tahta. Sistem pengganti Raja Arab Saudi agak unik kerana ianya diturunkan diantara adik beradik dikalangan anak-anak pengasas kerajaan Arab Saudi, Raja Abdul Aziz bin Saud.
Pada Mac tahun lepas, Putera Sattam telah memberi kebenaran kepada lelaki yang berjalan berseorangan untuk mengunjungi pusat membeli belah pada waktu puncak sebagai memberi kelonggaran terhadap sekatan sebelum ini yang tidak membenarkan lelaki berjalan bersorangan (tanpa isteri/muhrim wanita) di pusat membeli belah pada waktu puncak bagi mengelakkan ganguan terhadap kaum wanita.
Sumber :- The National / Al Arabiya News
No comments:
Post a Comment