Thursday, November 5, 2009

Undang dan Pemilihan Yamtuan - 05.11.2009

Perlu diketahui bahawa proses pemilihan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah berbeza dengan proses pemilihan pengganti Raja atau Sultan di Malaysia yang kebiasaannya berdasarkan waris keturunan. Pernah tak kita terfikir mengapa Negeri Sembilan satu-satunya negeri bersultan yang tidak mempunyai gelaran Raja Muda atau Tengku Mahkota. Itulah Uniknya Pemilihan Pengganti Raja di negeri ini yang dipilih hanya setelah kemangkatan Yang Di-Pertuan Besar dikalangan Waris-Waris Tahta yang sah dikenali sebagain Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Laxamana, Tunku Muda Serting dan Tunku Pamglima Besar. Disebelah kiri dan kanan Tuanku adalah Putera Yang Empat sewaktu Istiadat Pertabalan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke 11, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti Pada Tanggal 26 Oktober 2009.

Di Negeri Sembilan, Adat Perpatih menetapkan salah seorang dari Putera Yang Empat mempunyai hak yang sama untuk ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Besar TETAPI Undang Yang Empat memainkan peranan utama dalam menentukan (kata pemutus) siapa yang berhak menjadi pengganti kepada Yang Di-Pertuan Besar yang telah mangkat. Undang-undang tersebut adalah Undang Luak Sungai Ujung, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Rembau dan Undang Luak Johol.

DYMM Tuanku Muhriz bergambar bersama Undang Yang Empat sempena Istiadat Pertabalan Baaginda pada 26.10.2009.

Undang membawa definasi Pembesar yang memerintah. Luak pula diibaratkan seperti daerah. Sehubungan dengan itu Luak Berundang dalam erti kata lain membawa maksud Pembesar yang memerintah di daerah itu. Luak Berundang diibaratkan sebagai sebuah negeri yang mempunyai kuasa autonomi tersendiri. Boleh dikatakan status undang ini adalah sama seperti status Raja di negeri-negri yang bersultan di Malaysia.

Apabila Al-Marhum Tuanku Ja'afar Mangkat pada 27 Disember 2008 Undang Yang Empat telah mengadakan mesyuarat secara tertutup untuk menentukan siapakah dikalangan Putera Yang Empat layak menjadi Yang Di-Pertuan Besar Yang Baru. Manakala Tunku Besar Tampin dan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan hadir sama hanya sebagai tetamu khas sahaja.


Pada 29 Disember 2009 YAM Tengku Besar Seri Menanti, Tunku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir telah dimasyhurkan sebagai Yang Di-Pertuan Besar yang baru di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti.

Permasyhuran diumumkan oleh Undang Luak Sungai Ujung YTM Dato' Kelana Petra Dato' Haji Mubarak bin Dohak selaku Ketua Undang Yang Empat.

Selepas permasyhuran Yang Di-Pertuan Besar Yang Baru, Jenazah Al-Marhum Tuanku Ja'afar diarak ke Makam Di-Raja Seri Menanti untuk Istiadat Permakaman DiRaja.

Pada 26 Oktober 2009 DYMM Tuanku Muhriz telah ditabalkan dengan rasminya mengikut adat istiadat diraja sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 11 di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti.

Di Negeri Sembilan, mengikut protokol, pangilan gelaran Bagi Yang Di-Pertuan Besar dan Tunku Ampuan Besar adalah Duli Yang Maha Mulia @ DYMM, Bagi Undang Yang Empat Adalah Yang Teramat Mulia @ YTM, manakala gelaran bagi anak-anak raja yang memerintah (Yang Di-Pertuan Besar) adalah Yang Amat Mulia @ YAM manakala anak-anak raja yang lainnya atau kerabat menggunakan gelaran Yang Mulia @ YM sahaja.
Kaedah pemilihan dan pertabalan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah berpandukan kepada perbilangan :
Bertangga naik, berjenjang turun
bulat anak buah melantik buapak
bulat buapak melantik lembaga
bulat lembaga menjadikan penghulu (Undang)
bulat penghulu (Undang) mendirikan keadilan (Yang Di-Pertuan Besar)

3 comments:

Anonymous said...

utk pengetahuan saudara...undang luak sg ujong mempunyai kuasa veto untuk melantik YDP n9, musyawarah adalah dr budi bicara beliau. walaupun 3 dato' undang yg lain tdk setuju dgn beliau, perlantikan masih boleh terus dijalankan. terima kasih kerana anda telah dpt menerangkan sistem ini dgn teratur dan detail...

Unknown said...

Jmazli, statement awak sangat salah.. Undang yang empat mempunyai kuasa yang sama.
Tiada erti kata veto di antara 4 undang ..

Unknown said...

Mohon tuan rujuk semula fakta sebelum bersuara, agar Komuniti malaysia dan generasi Akan datang tidak KELIRU..