Hari ini Anak Kak Ngah Faziah, Hafiz bertunang dengan Norkartika. Pagi-pagi lagi Syah dah bersiap untuk majlis ini coz. Syah tunggu Azrin datang ambil manakala Muss dan CD hantar anak-anak Kak Long Fadilah dan Zul balik. Syah sempat ke kedai untuk bercukur lagi. Jumpa Muss di Kosas dan bawa CD ke rumah Kak Ngah Faziah. Semua rombongan bergerak dari rumah Kak Ngah kecuali keluarga Kak Long Fadilah dan Aunty Tina (Mak Kak Ngah) dan Makcik Chomb pergi terus ke rumah berkenaan.
Inilah sebahagian daripada rombongan dari pihak kami. Warna tema Purple. Masing-masing dah bersedia untuk masuk ke rumah untuk upacara peminangan.
Abang Amin ayah Hafiz dan Tan Sri Dato' Seri Elias Din bapa Kartika berbual seketika di luar rumah sebelum masuk untuk majlis peminangan.
Ini adalah wakil pihak lelaki semasa upacara peminangan dijalankan. Kiri sekali Kak Ngah Faziah, Abang Amin, Aunty Tina (ibu Kak Ngah), Uncle Nordin (Bapa Tiri Kak Ngah) dan saudar Abang Amin. Uncle Nordin sebagai jurucakap pihak lelaki.
Kak Ngah Faziah menyarungkan cincin ke jari manis Kartika tanda perjanjian diantara keduabelah pihak telah dimetrai.
Inilah cincin pemberian dari Hafiz untuk Kartika. Manakala dibawah ini pula cincin yang diberi oleh Kartika kepada Hafiz sebagai tanda kasih mereka berdua.
Ini pula adalah wakil pihak perempuan yang diketuai oleh adik ipar Tan Sri - sebelah kiri sekali. Daripada perbincangan ini telah diputukan bahawa majlis perkahwinan akan diadakan pada minggu kedua bulan Jun 2010. Mas kahwin berjumlah RM1000.00 manakala wang hantaran sebanyak RM18,000.00. Seperti biasa selepas sessi perbincangan selesai, sebagai tanda keshukuran kami semua mengaminkan doa yang dbaca oleh Tn Haji yang berbaju hitam itu.
Ini ayah kandung Kak Ngah Faziah - Uncle Shariff. Dia sekarang stay di Pahang. Datang ke KL bersama anaknya untuk majlis ini.
Selepas bacaan doa, Kartika dipanggil turun dari atas rumah ke pelamin yang disediakan diruang tamu untuk upacara menyarungkan cincin yang disempurnakan oleh Ibu Hafis, Kak Ngah Faziah. Pelamin dan make-up diselenggarakan oleh Eqin Wedding Planner.
Selepas bacaan doa, Kartika dipanggil turun dari atas rumah ke pelamin yang disediakan diruang tamu untuk upacara menyarungkan cincin yang disempurnakan oleh Ibu Hafis, Kak Ngah Faziah. Pelamin dan make-up diselenggarakan oleh Eqin Wedding Planner.
Inilah cincin pemberian dari Hafiz untuk Kartika. Manakala dibawah ini pula cincin yang diberi oleh Kartika kepada Hafiz sebagai tanda kasih mereka berdua.
Gambar ini diambil semasa dirumah Kak Ngah Fadilah. Bila balik rumah baru Hafiz sarungkan cincin ini.
Tanda penghargaan dan penghormatan dari bakal menantu kepada bakal ibu mertuanya
Tanda penghargaan dan penghormatan dari bakal menantu kepada bakal ibu mertuanya
Sebagai balasan kucupan mesra dari bakal ibu mertua kepada bakal menantunya
Kartika diatas pelamin.
Hemmmmmmmmmmm........... tak lain tak bukan....kannnnnnnnnn
Kartika diatas pelamin.
Hemmmmmmmmmmm........... tak lain tak bukan....kannnnnnnnnn
Nak jugak my bro nie posing sebelah pelamin.
Selepas upacara menyarung cincin para hadiri dijemput untuk menjamu selera. F&B daripada D'Saji Catering, Felda.
Makcik Comb, datang dengan Aunty Tina. Hubby dia tak datang kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Disebelah tu kawan Makcik Chomb.
Menjamu selera - Syah, Azrin, CD dan Muss.
Dri kiri Tan Sri, Abang Amin, Uncle , Uncle dan Aunty Tina.
Kak Ngah Faziah dan Ayu
Puan Sri Datin Seri Nooraini sedang melayan tetamu.
Tan Sri besama kawan-kawannya dimeja makan.
Macam biasa - tak kira dimana kalau dah berkumpul ramai-ramai macam nie ler.
Sebelum balik wakil pihak perempuan datang membawa tepak sirih dan Kak Ngah Faziah inform kakak nie supaya ambil kacip daripada tepak sirih tu untuk diletakkan bawah bantal tidur Kartika. Ini adalah kebiasaan yang dilakukan oleh sebelah keluarga Abang Amin (suami Kak Ngah) sewaktu upacara meminang. Ayu kat belakang tu macam confuse jer heheheheheh.
Sampai rumah Kak Ngah faziah hujan lebat. Stranded dalam kereta coz Kak Ngah lupa ambil kunci rumah dari Hafiz. Call Hafiz dan tunggu dia balik bawa kunci. Biasalah kalau dah hujan perut yang kenyang makan kat kenduri tadipun rasa lapar. Kak Ngah masak meehon goreng dan goreng nugget. CD dan anak Kak Ngat Bell tolog didapur.
Ada yang berehat di ruang tamu
Ada yamg melepak menonton TV
Ada yang makan
Syah sempat kidnap anak kucing Kak Ngan Faziah untuk bergambar.
Kak Ngah Faziah....Paling sibuk hari ini, nampak penat dia. Kesian Syah tengok tapi tetap macam lipas kudung kesana ke sini buat kerja.
Siap pesan kat anaknya Hafiz suruh potong kek untuk dapat berkat katanya dan suruh Hafiz makan kek tu. Itulah keperihatinan seorang ibu kepada anaknya bagi memastikan kebahagian anaknya. Adat yang baru diikut dan yang lama tidak ditinggalkan.
No comments:
Post a Comment