Respect & Care (R&C) atau Perihatin. Respect boleh dimaksudkan sebagai "a feeling or attitude of admiration and deference toward somebody or something" dan Care pula "to be interested in or concerned about something". Sebagai orang timur respect & care nie memang amalan bangsa kita. Kalau tak 100% at least 80% ada kesedaran ini dikalangan masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu. Pagi tadi masa Syah naik LRT dari Stesyen Melati ke Kerinci teringat amalan Respect & Care ini.. Kita sepatutnya memberi laluan kepada kepada golongan tua, ibu mengandung dan orang kelainan upaya (OKU) untuk duduk kerana mereka ini lebih memerlukan. Tetapi apa yang berlaku adalah seperti ini :-
Syah nampak uncle nie, tapi dia terpaksa berdiri kerana dalam train memang dah full. Orang yang dudukpun susah hendak bangun dan suruh dia duduk. So terpaksalah dia berdiri hingga ke destinasi yang dituju.
Begitu juga ibu mengandung ini. Terpaksa bersandar dipintu LRT kerana tak ada ruang lagi untuk kedalam apatah lagi kebahagian tengah yang ada kerusi.
Sebenarnya bukan mereka tiada sifat resprect & care tapi keadaan dalam LRT tidak mengizinkan mereka berbuat begitu. Beginilah keadaan dalam LRT terutama waktu puncak. Macam ikan sardin. Sepatutnya pihak pengurusan LRT mengambil berat perkara ini. Customer ramai tapi perkhidmatan tak mengikut jadual, tidak lancar dan lambat menyebabkan kesesakan. Baru-Baru ini selalu tengok LRT buat trail Train Gerabak 4. Tak tahu bila nak implement asik testing jer berbulan-bulan. Kalau boleh, benda yang baik tu harus disegerakan at least menyumbang juga untuk mengatasi masalah kesesakan di dalam LRT. Tambang makin lama makin naik tapi service yang diprovide pada pelanggan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Kalau tambang naik service tip top barulah BERBALOI-BALOIIIIIIIIII........

No comments:
Post a Comment