Petang tadi Ayahanda call minta datang mengambil daging korban. Ada orang buat korban diarea rumahnya. Dah jam 06:00pm baru Syah kerumahnya kerana tunggu Mamat sedang tido. .Haji Seman yang hantar pada Ayahanda.
Sampai jer kerumah Ayahanda hari sudah hujan. Bonda datang bukakan pintu pagar tapi tak boleh buka. Dia kata my Sis terbalikkan kunci. Dia tak reti nak buka. Hehehehheh.
Syah minta Mamat bukakan kunci tu. Lepas tu Bonda serahkan daging korban dan agar-agar pada Kak Ngah Normah.
Ayahanda minta buang sampah nie kerana katanya bawah rumah tempat sampah nie disimpan ada ular tadi. Panjang warna hampir-hampir coklat.
Syah minta Mamat dan Haziq buang sampah tu ditempat pembuangan sampah MDSB. Lepas tu kitaorang balik rumah. Haziq potong daging tadi dan Ejon celurnya untuk masak esok. Malam nie budak-buda semua keluaar tinggal Syah ngan Ejon dirumah.
No comments:
Post a Comment