Sekembali Dari Istiadat Pertabalan Tuanku Muhriz, Syah Mengambil Kesempatan Ini Untuk Melawat Makam DiRaja. Kali Terakhir Syah Kesini Tak Silap Tahun 1990an DiTemani Seorang Sahabat Mohd Azahar Zakaria Anak Jati Kuala Pilah.
Ini Adalah Pintu Masuk Ke Kawasan Permakaman Yang Menempatkan Al-Marhum - Al-Marhum DYMM Yang Di-Pertuan Besar DiSamping Kaum Kerabat Baginda. Makam Ini Terletak Berhampiran Masjid Tuanku Munawir.
Baginda DiPuterakan Pada 25 April 1865.Menjadi Tunku Besar Seri Menanti Pada 1882 - 1887, Yang di-Pertuan Besar Seri Menanti Dis 1887 - 29 April 1898. Menjadi Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Selepas Kemangkatan Ayahandanya Yamtuan Antah Pada 29 April 1898 (Ditabalkan 7 Mei 1898). Mangkat Pada 1 Ogos 1933 Selepas Beberapa Bulan Bersemayam Di Isana Besar Seri Menanti Yang baru Disiapkan.
Al-Marhum Mempunyai 3 Orang Isteri Iaitu Tunku Puan Cik Serting,Tunku Puan Halijah bt Tunku Muda Cik Aminullah dan Che Rahah bt Tia.Baginda DiKurniakan 4 Orang Putera Iaitu Tunku Abdul Aziz (Mangkat Sewaktu Kecil), Tuanku Abdul Rahman, Tunku Laxamana Tunku Nasir dan Tunku Muhammad Alam Shah.
DiHadapan Sekali Makan Tunku Ampuan Besar Kurshiah dan DiBelakangnya Makam Tuanku Abdul Rahman.
Al-Marhum DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad Shah DiPuterakan Pada 24 Ogos 1895. Bondanya Tunku Puan Cik Serting. Menjadi Tunku Muda Serting Pada 1912 - 1933, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 3 Ogos 1933 (Ditabalkan 24 April 1934) - 01 April 1960. Yang Di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu 3 Ogos 1957 (DiTabalkan 2 Sept 1957) - 1 Apr 1960.
Baginda MangkatKetika Beradu Di Istana Negara Kuala Lumpur Pada Awal Pagi 1 Apr 1960 Sewaktu Menjadi Yang Di-Pertuan Agong 1. Jenazah Baginda Ditempatkan Di Dewan Bankuet Istana Negara Untuk Penghormatan Terakhir dan Diarak Melalui Bandaraya Kuala Lumpur Yang Mana Ianya Merupakan Perarakan Jenazah Yang Pertama DiNegara Ini. Jenazah Baginda Kemudiannya DiSemadikan Di Makam DiRaja Seri Menanti Pada 05.04.1960 Selepas Pemasyhuran Putera Baginda, Tuanku Munawir Sebagai Yang Di-Pertuan Besar.
Al-Marhum Mempunyai Empat Orang Isteri Iaitu Che Maimunah nee Dulcie Campbell, Tunku Maharun bt Tunku Mambang, Tuanku Kurshiah bt Tunku Besar Burhanuddin dan Tunku Zaidah bt Tunku Zakaria. Baginda Mempunyai 3 Orang Putera dan 5 Orang Puteri. Putera-Puteranya Iaitu Tuanku Munawir, Tuanku Ja'afar dan Tunku Panglima Besar Tunku Abdullah Manakala Puteri-Puterinya Tunku Aidah, Tunku Sheilah, Tuanku Bahiyah (Sultanah Kedah), Tunku Shahariah dan Tunku Noraidah Zakiah.
Makam Tunku Ampuan Besar Kurshiah bt Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin. Baginda DiLahirkan Pada 16 Mei 1911 Di Seri Menanti dan Mangkat Pada 2 Feb 1999 di Kuala Lumpur. Meninggalkan 2 Orang Puteri Iaitu KDYMM Tuanku Bahiyah (Al-Marhumah Sultanah Kedah) dan YAM Tunku Shahariah. Selepas Kemangkatan Tuanku, Baginda Menggunakan Gelaran YMM Tunku Puan Besar Kurshiah.
Tunku Kurshiah Juga Merupakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong 1. Baginda Menerima Anugerah Pingat Emas Tun Fatimah Pada 27 Okt 1974 Oleh Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan Atas Jasa Baginda Menaikkan Taraf Wanita dan Kanak-Kanak Dalam Bidang Pendidikan dan Kebajikan. Sebagai Mengenang Jasa Baginda Kepada Negara, Kerajaan Telah Membuat Keputusan Untuk Menukar Nama Maktab Perempuan Melayu Sebuah Sekolah Berasarama Penuh Ternama Kepada Kolej Tunku Kurshiah. Universiti Malaya Juga Telah Menamakan Semula Kolej Kediaman Ketiganya Sebagai Kolej Kediaman Tunku Kurshiah.
Makam Al-Marhum DYMM Tuanku Munawir Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman. Yanag Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke 9.
Baginda DiPuterakan Pada 29 Mac 1922 Oleh Bondanya Tunku Maharun bt Tunku Mambang. Menjadi Tunku Muda Serting 1934 - 1947, Tunku Laxamana 1947 - 1960 dan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 05 Apr 1960 (Ditabalkan 17 Apr 1961) - 14 April 1967.
Tuanku Munawir Mangkat Pada 14 April 1967 Iaitu 10 Hari Sebelum Syah Dilahirkan Pada 24 April 1967. Mangkat Kerana Diabetes Yang Berlarutan. Baginda Mempunyai Seorang Isteri Sahaja Iaitu Tunku Durah atau Nama Sebenarnya Tunku Duratun Nafisah Azibah bt Tunku Besar Burhanuddin. Mempunyai Seorang Putera dan 5 Puteri Iaitu Tuanku Muhriz, Tunku Puteri Tunku Munawirah, Tengku Puan Bendahara Perlis Tunku Mudziah, Tunku Annie Dakhlah, Tunku Deborah dan Tunku Deanna.
Makam Tunku Ampuan Besar Durah. Masa Lawatan Ini Syah Dapati Makam Ini Sedang Dalam Proses Baikpulih.
Tunku Ampuan Besar Tunku Duratun Nafisah Azibah bt Tunku Besar Burhanuddin atau Lebih DiKenali Sebagai Tunku Ampuan Durah. Selepas Kemangkatan Tuanku, Baginda Menggunakan Geleran YMM Tunku Ampuan Durah.
Syah DiHadapan Makam Tunku Ampuan Durah. Baginda Dilahirkan pada 26 Jun 1922 Di Istana Baroh, Seri Menanti. Baginda Mangkat Pada 8 Ogos 1999 Dalam Usia 79 Tahun.
Makam Cik Engku Maimunah bt Abdullah M.B.E., P.J.K. atau Nama Sebenarnya Dulice Cambell. Bonda Kepada Al-Marhum Tuanku Ja'afar, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke 10.Dilahirkan Pada 28.10.1897 dan Kembali Ke Rahmatulah Pada 20.03.1981.
Syah Di Hadapan Makam Cik Engku Maimunah.
Makam YAM Tunku Abdullah. Binaan Belum DiBuat Lagi.
Al-Marhum YAM Tunku Panglima Besar Tunku Abdullah Ibni Tuanku Abdul Rahman. Adinda Al-Marhum Tuanku Ja'afar. Bondanya Cik Engku Maimunah. Mangkat Pada 20 Ogos 2008 Dalam Usia 83 Tahun di Sebuah Kelinik Di KLIA. YAM Tunku Baru Pulang Dari London dan Tiba-Tiba Mengalami Sesak Nafas dan disahkan Meninggal Dunia Jam 09:20am. YAM Meninggalkan 9 Orang Anak dan 17 Orang Cucu. Isteri Terakhirnya Cik Engku Rozeeta Ahmad Baharuddin. Selepas Kemangkatan YAM Gelaran Tunku Panglima Besar Telah Dianugerahkan Kepada Anakanda Tuanku Ja'afar YAM Tunku Dato' Seri Nadzaruddin.
Berhadapan Makam DiRaja Pula Terdapat Bangunan Tambahan Untuk Makam DiRaja. Di Bangunan Inilah Al-Marhum Tuanku Ja'afar Dimakamkan.
Pintu Masuk Makam.
Ini Adalah Makam Sementara Al-Marhum Tuanku Ja'afar. Baginda Mangkat Di Hospital Tuanku Ja'afar Jam 11:45am Selepas Dimasukkan Ke Hospital Berkenaan Setelah Mengadu Sakit Kepala dan Merasa Tidak Selesa.
Al-Marhum DYMM Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman. Menjadi Tunku Muda Serting 1947 - 1967, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke 10, 18 April 1967 (Ditabalkan 8 April 1968) - 27 Disember 2008. KDYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke 10, 26 April 1994 - 24 April 1999.
Baginda Mangkat Dalam Usia 86 Tahun Pada 27 Disember 2008. Merupakan Pemerintah Ke 2 Paling Lama Memerintah Selepas Tuanku Muhammad. Baginda Berkahwin Dengan YMM Tunku Ampuan Najihah bt Tunku Besar Burhanuddin dan di Kurniakan Dengan Tiga Orang Putera dan Puteri Iaitu YAM Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin, YAM Tunku Muda Serting Tunku Tan Sri Imran dan YAM Tunku Panglima Besar Tunku Dato' Seri Nadzaruddin. Manakala Puteri-Puteri Baginda YAM Tunku Dara Tunku Tan Sri Dato' Seri Naquiah, YAM Tunku Puteri Tunku Dato' Seri Jawahir dan YAM Tengku Puan Indera Setia Selangor Tunku Dato' Seri Irinah.
No comments:
Post a Comment