Malam nie Syah ke rumah Syah di No.20, Jalan Desa 1/16, Bandar Country Homes, Rawang kerana ada pasangan nak tengok rumah untuk disewa. Syah minta Azrin tolong hantarkan. Appointment jam 08:30pm.
Dalam perjalan ke sana mereka call inform lambat sedikit jalan jem. So Syah jumpa Abang Bob (indonesian) minta dia betulkan paip air sinki dapur, 1 unit lampu ruang tamu dan atas rumah, main hole (telah dicuri orang) dan ensel pintu pagar depan.
En Shaharol Sahari dan isterinya sampai lebih kurang jam 09:30pm. Syah bawa mereka melihat-lihat rumah dan akhirnya mereka bersetuju untuk menyewa rumah berkenaan. Beliau informed kemungkinan menyewa selama 6 bulan sahaja kerana menunggu rumah mereka siap. Pasangan ini bekerja di KL dan membeli rumah di area Country Homes ini juga. Mereka terpaksa pindah sekarang kerana telah transferkan sekolah 3 orang anak mereka.
Mereka hendak menduduki rumah nie pada bulan Disember 2009, So mereka bayar RM1,000.00 deposit sewa rumah iaitu 2 bulan sewa RM800.00 dan RM200.00 untuk deposit air dan api. Syah tak beri kunci sekarang kerana ada yang hendak dibetulkan dirumah tu. Bila serah kunci nanti baru mereka bayar sewa bulan pertama RM400.00.
No comments:
Post a Comment