Wednesday, November 4, 2009

04.11.2009 - Pertelingkahan 2 Kerabat DiRaja

Semasa Istiadat Pertabalan DYMM Tuanku Muhriz Pada 26.10.2009 Syah Nampak Negeri Johor Diwakili Oleh DYAM Tunku Ismail Ibrahim ibni Tunku Ibrahim Ismail, Raja Muda Johor. Nampak Segak dan Berdispilin Anak Muda Berumur 25 Tahun Ini.
Baru Syah Teringat Cerita Mengenai DYAM Ini Yang Telah DiDakwa Mengasari Cucunda Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke 10, Al-Marhum Tuanku Ja'afar. Syah nak Komen Lebih-Lebihpun Syah Tak Tau Apa Yang Terjadi Sebenarnya. Tapi Apa Yang Syah Dengar Begini :-

Cucunda Al-Marhum, YM Tunku Nadzimuddin bin Tunku Kecil Besar Tunku Datuk Mudzaffar Mendakwa DYAM Raja Muda Johor Telah Menculik, Menyerang dan Menahannya Tanpa Kerelaan Pada Awal Pagi 25 Oktober 2008. Insiden Ini Berlaku di Kelab Heritage Mansion Dimana YM dan Teman Wanitannya (Kini Isteri) Ingin berjumpa Kawan-Kawan. Walau Bagaimanapun Kawan-Kawannya Telah DiSerang Oleh Beberapa Orang Yang Mendakwa Diri Mereka Adalah Pengawal Peribadi DYAM Raja Muda Johor.

Dua Orang Kawannya Cedera dan Pengawal Kelab Telah Menghentikan Serangan Itu. Semasa Beredar Dia DiPanggil Oleh Sesorang Yang Tidak Dikenali Mendakwa DYAM Raja Muda Johor Ingin Meminta Maaf dan Mahu Berjumpa Dengan Beliau Di Hotel Crown Plaza Mutiara. Belia dan Kawan-Kawan Pergi Ke Hotel Berkenaan.

Katanya Mereka Telah Menunggu Beliau Di Lobi Hotel dan Menculiknya. Apabila Didalam Lif Beliau Telah Dipukul di Bahagian Muka dan Kepala Dengan Diacukan Pistol DiKepalanya Oleh DYAM Raja Muda Johor. Kawan Beliau Yang Berada Sama DiDalam Lif Telah Dipukul Hingga Pengsan. Dakwanya Lagi Apabila Berhenti Di Tingkat 25 Mereka Dipaksa Memasuki Sebuah Bilik dan Dia Melihat Kawannya Ditarik Masuk Ke satu Bilikdan Dibiarkan Pengsan Atas Lantai.

Menurut Tunku Nadzimuddin, Mereka Ditawan Di Dalam bilik Tersebut Oleh Pengawal-Pengawal Peribadi DYAM Raja Muda Johor Sehingga Bondanya YAM Tunku Dara dan Ayahanda Saudaranya YAM Tunku Panglima Besar Menyelamatkan Mereka Bersama Empat Pegawai Polis. Waktu Itu DYAM Raja Muda Johor Telah Meninggalkan Hotel Berkenaan.

Beliau Telah Membuat laporan Polis di Balai Polis Dang Wangi Pada 26 Oktober 2009 dan Mendapatkan Rawatan Di Hospital Kuala Lumpur. Walau Bagaimanapun Dalam Satu Sidang Akhbar Yang DiAdakan Baru-Baru Ini, Beliau dan Keluarga Merasa Kecewa Kerana Tiada Apa-Apa Tindakan Yang Diambil Oleh Pihak Polis Hingga Sekarang.

Walau Bgaimanapun Sember Kerabat DiRaja Johor Pula Menafikan Kejadian Itu Berlaku dan Mendakwa Kerabat DiRaja Berkenaan Langsung Tidak Terlibat Dengannya Serta Menafikan Dakwaan Itu Tidak Benar. Kata Mereka "Kita Akan Menjelaskan Perkara Sebenar Mengenainya Pada Sidang Media Yang Akan Diadakan Selepas Ramadhan", - Sumber Berita Harian 18.09.2009 BH pilih 10A 18(e-mail)

YAM Tunku Dara (Sebelah Kiri Sekali) Semasa Menghadiri Istiadat Pertabalan DYMM Tuanku Muhriz Di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Dalam Sidang Media Yang Diadakan Baru-Baru Ini, Beliau Yang Merasa Kesal Dengan Insiden Itu Berkata Sehingga Hari Ini Belum Ada Permohonan Maaf Secara Rasmi DiTerima Daripada Keluarga DiRaja Johor. Malah Pihak Polis Juga Tidak Menghubungi Keluarganya Bagi Memaklumkan Perkembangan Siasatan Mereka.
Sebelah Kanan Sekali Berbaju Merah Adalah Engku Dotty - Anakanda Al-Marhum Sultan Idris Perak, Merupakan Bonda Saudara Kepada DYAM Raja Muda Johor Di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Kelihatan YAM Tunku Zain Al-Abidin Sedang Bersalaman Dengan Tetamu.
Gambar Keluarga YAM Tuunku Dara Tunku Tan Sri Dato' Seri Naquiah Bersama Keluarga.YM Tunku Nadzimuddin Berdiri No. 3 Dari Kiri.

YAM Tunku Panglima Besar Tunku Dato' Seri Nadzaruddin Bersama Isteri , Tunku Mimi Wahida Tunku Wahman Bekas Personaliti TV3.

3 comments:

muhamad syukri dzun nurin said...

saya tahu sedikit sebanyak cerita ini..YAM Waris negeri perak yang ceritakan...yang juga uncle pada raja muda of johor

Anonymous said...

ini cerita biasa...kerabat bertumbuk dan bergaduh...dulu pernah sy dgr cerita kerabat johor dihalau dr selangor royal club....apa2 pun pedulikan jer...

Anonymous said...

mmgla setengah kerabat nie besar kepala kerana nila setitik rosak susu sebelanga